BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ni Korang Baca/Tulis Ape?

Merdeka!
Merdeka!!
Merdeka!!!
 
aku baru nak tulih ngan nak membaca nie....
 
Sembang Kak Cham: Maaf, orang Jakarta tak kenal Mawi
Oleh Hanizam Abdullah
[email protected]

ORANG Jakarta tak kenal pun siapa Mawi walaupun di tanah tumpah darahnya sendiri, sudah tiga kali dia menggenggam trofi Bintang Paling Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Jenuh juga teman bertanya cewek dan cowok yang teman sempat temui ketika berada di ibu kota Indonesia itu yang keadaan trafiknya begitu menyesakkan dada minggu lalu.

Rata-ratanya geleng kepala sambil bertanya siapakah gerangan penama itu. Teman katalah juga dia seorang penyanyi popular di Malaysia. “Oh... enggak tahu bu nama itu. Kalau Siti Nurhalija (Siti Nurhaliza) tahu bu... Wah, suaranya bagus sekali, orangnya cantik, lebih cantik daripada Krisdayanti bu...”

Selain Siti, nama yang disebut adalah kumpulan Search, Sheila Majid dan juga Sofaz. Iya... kumpulan Sofaz yang pernah menggenggam trofi Kumpulan Paling Popular dalam ABPBH2007. Macam mana boleh dikenali di Indonesia kerana pada awal kemunculan mereka, kumpulan itu memilih untuk melebarkan sayapnya di sana.

Dan oh ya... penyanyi berwajah comel yang lahir daripada bintang realiti Akademi Fantasia, Dafi pun popular di sana. Itupun gara-gara duetnya bersama Gita Gutawa dan iklan aiskrim mereka. Kalau tak ada Gita dan juga iklan Cornetto itu barangkali Dafi pun orang Jakarta tak kenal.

Terbaru, seorang penyanyi Malaysia yang sedang ghairah membina nama di republik itu adalah Winnie K. Terperanjat juga teman kerana artis seperti Winnie boleh popular di Jakarta sedangkan nama itu agak asing di Kuala Lumpur.

Rupa-rupanya, media di sana menggelar anak Malaysia berbangsa Cina itu sebagai Siti Nurhaliza Tionghua. Apa rahsia dan formula Winnie teman tak tahulah tetapi mereka memang menyenanginya. Komposer lagunya orang Indonesia, label rekodnya juga Warner Music Indonesia. Sudah ada kabel betul jadi senanglah nak bergerak. Itu semua rezeki Winnie jugalah lalu dia memang menjadikan Jakarta sebagai rumah keduanya.

Hakikat pahitnya adalah artis kita memang orang Indonesia tak ambil pot langsung berbanding dengan orang kita sendiri yang begitu mengagungkan artis mereka. Baik penyanyi atau pelakon, mereka begitu sukar untuk menembusi pasaran Indonesia. Berapa banyak artis Indonesia yang datang bertandang dan diterima di bumi kita berbanding dengan artis kita yang langsung tak dipedulikan ketika di sana.

Entah benar, entah tidak teman diberitahu ketika Mawi dibawa ke Jakarta untuk memperkenalkan dirinya ada dua, tiga orang wartawan saja yang hadir. Berbeza benar dengan senario di Kuala Lumpur yang wartawannya datang bagaikan rombongan Cik Kiah. Bertuah betul artis Indonesia!

Selain tuah dan rezeki serta karya yang memang bagus, faktor sikap terbuka kita rakyat Malaysia untuk menerima karya orang luar menyumbang kepada populariti mereka. Bukan cerita baru, pengaruh karya Indonesia begitu kuat melekat di hati dan jiwa kita sejak dulu. Sebut saja Broery Marantika, Ebiet G Ade, Ernie Djohan, Titiek Puspa, D’Lloyd dan The Mercy’s, siapa yang tak kenal.

Tetapi ketika itu juga, karya dan lagu orang kita tidak pernah tenggelam dengan kehadiran mereka. Tan Sri P Ramlee, Datin Rafeah Buang, Datuk Ahmad Jais, A Ramlie, Datuk Jeffrydin, Datuk Sharifah Aini sekadar menyebut beberapa nama artis Malaysia, tetap gah kehadiran mereka.

Barangkali juga ketika itu tak banyak pun stesen radio. Yang ada pun cuma radio RTM saja, jadi mereka tak perlu nak berlumba-lumba. Tak macam sekarang, Era sentiasa nak jadi nombor satu, Hot FM nak juga jadi nombor satu, Sinar FM pun berlumba dan tak kurang juga Suria FM. Jadi dalam usaha untuk memenangi hati pendengar itulah mereka mainkan lagu apa yang mereka rasa dapat menangkap dan memikat pendengar.

Begitu juga dengan stesen televisyen yang gemar memaparkan sinetron Indonesia. Entah apa yang seronoknya sinetron mereka itu teman tak tahulah kerana setiap kali berpeluang menontonnya, yang teman nampak adalah wajah yang disolek terlalu ‘over’ dan cerita yang tak sudah-sudah memaparkan kisah dengki khianat yang juga ‘over’.

Tetapi biasalah, sentimen dan persepsi orang kita, barang luar memang elok saja walaupun sinetron yang dipaparkan itu tidak semestinya popular di tempat asalnya. Asal saja made in Indonesia, persepsi dan karyanya mesti bagus walaupun acap kali teman amati, drama karya produksi tempatan lebih banyak yang berkualiti. Belum merdeka lagi rupanya minda kita ni. Oklah, tak kuasa nak cakap benda yang sama. Penat sementelah pula hari ini hari pertama kita berpuasa. Selamat menyambut Ramadan dan semoga ibadat kita diterima-Nya. Jaga diri, jumpa lagi. - [email protected]
 
Bekas akauntan dituduh lagi terbabit lebih RM13 juta wang haram
03/09/2008 1:49pm

KUALA LUMPUR 3 Sept - Seorang bekas akauntan yang sebelum ini menghadapi 202 tuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan membabtikan lebih RM13 juta, tujuh tahun lalu.

Lee Ee Teong yang mengaku tidak bersalah didakwa melakukan perbuatan itu di BJ Oilwell Sdn. Bhd. di D-8-2, Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak di sini antara 9 November 1999 dan 3 September 2001.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan kes itu dibicarakan bersama dengan 202 tuduhan pengubahan wang haram termasuk 161 kes yang dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Beliau turut membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM200,000 dengan dua penjamin serta menetapkan 26 November ini untuk sebutan semula kes itu. - Utusan
 
Lompat parti cerita dongeng- Dr. Maximus

PUTRAJAYA 2 Sept. - Khabar angin menyatakan wakil rakyat Sabah dan Sarawak akan menyertai pakatan pembangkang hanya sekadar cerita dongeng di angkasa, kata Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Beliau menegaskan, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak tidak akan membelakangkan semangat demokrasi dengan melompat ke pakatan pembangkang.

''Khabar angin ini langsung tidak berasas, saya berjumpa dengan rakan-rakan (wakil rakyat dari Sabah) hampir setiap hari dan mereka tidak berniat untuk melompat parti.

''Saya sendiri merupakan seorang yang anti politik katak dan tidak faham kenapa pakatan pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mempropagandakan isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bengkel sains mikrograviti anjuran Agensi Angkasa Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Maximus berkata, wakil rakyat yang ingin menukar parti perlu meletakkan jawatan supaya pilihan raya kecil boleh dijalankan.

''Kalau seseorang nak lompat parti, mereka perlu meletak jawatan dan memberi laluan kepada pilihan raya kecil.

''Rakyat tidak mahu pemimpin yang tiada prinsip atau tidak setia kepada rakyat sebab golongan ini boleh jual negara," katanya.
 
Pengerusi JKKP Bukit Merah mati ditembak

BAGAN SERAI 2 Sept. - Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Bukit Merah, Talib Ali, 61, mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah dekat di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) cawangan Ranting serta Timbalan Ketua UMNO Cawangan Bukit Merah dan pernah menjadi Ketua Kampung Bukit Merah selama 30 tahun, mati di tempat kejadian akibat cedera parah ditembak pada telinga kanannya.

Kejadian berlaku ketika mangsa menghantar dua anak perempuannya dan seorang anak jiran ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Semanggol yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya pada pukul 7.20 pagi.

Mangsa, yang bekerja sebagai sub-kontraktor ditembak sebaik sahaja anak- anaknya keluar dari kereta.

Di fahamkan, dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda EX5 berwarna putih yang menyamar sebagai pelajar dengan lengkap berpakaian sekolah dan memakai topi keledar telah menghampiri kereta mangsa lalu melepaskan satu das tembakan ke arahnya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, tembakan yang menembusi pipi kirinya telah mengakibatkan mangsa mengalami pendarahan teruk dan mati dalam kereta Mercedes Benz 300D berwarna putih yang dipandunya.

Beliau berkata, penjenayah yang menggunakan pistol jenis automatik menghampiri mangsa ketika kenderaannya mahu bergerak pulang setelah menurunkan dua anaknya yang belajar di tingkatan lima dan tiga serta seorang anak lelaki jirannya juga pelajar tingkatan satu kira-kira 10 meter dari pagar sekolah.

"Insiden tembakan itu berlaku waktu pagi ketika ibu bapa sedang sibuk menghantar anak-anak ke sekolah.

"Dalam kesibukan itu, penjenayah mengambil kesempatan menghampiri kereta mangsa lalu melepaskan satu das tembakan terkena pada telinga kanan menembusi pipi kirinya," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Semanggol di sini hari ini.

Fauzi berkata, polis yang menjalankan operasi memburu suspek berjaya menemui motosikal, dua topi keledar, masing-masing sehelai baju-T dan baju kemeja berwarna hitam serta sehelai seluar jeans berwarna biru yang disembunyikan dalam kawasan semak berhampiran sebuah loji air.

Beliau memberitahu, kesemua barang- barang dipercayai kepunyaan suspek dijumpai pada pukul 11.30 pagi di Jalan Kampung Selamat, Bukit Putus, Gunung Semanggol iaitu kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.

Katanya, polis yang menyiasat motosikal digunakan oleh suspek dalam kejadian itu mendapati ia menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Menurut Fauzi, motif sebenar mangsa ditembak belum diketahui tetapi tidak menolak kemungkinan kejadian itu sudah dirancang dengan teliti oleh pembunuh.

''Motif sebenar kejadian belum dikenal pasti dan polis akan menyiasat dari semua sudut sama ada ia mempunyai kaitan dengan dendam dalam perniagaan, politik, peribadi atau lain-lain," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Fauzi berkata, memandangkan insiden tembakan berlaku di hadapan orang ramai maka beliau meminta sesiapa yang menyaksikan insiden itu supaya tampil memberi maklumat untuk membantu polis menjalankan siasatan.

Katanya, maklumat boleh disalurkan kepada beliau di talian 019-6666496 atau menghubungi Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kerian, Inspektor Mohamad Syamsul Irwan Hashim (019-2435981) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian (05-7212222).
 
Back
Top
Log in Register