BTC USD 82,963.6 Gold USD 4,158.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ni Korang Baca/Tulis Ape?

pagi td baca nota sikit2 tuk prepare quiz ptg ni.
skrg tgh baca CG
 
Olimpik: Perseorangan lelaki badminton negara mara ke pusingan ketiga, wanita ke suku akhir.
11/08/2008 9:28pm

BEIJING - Pemain perseorangan lelaki badminton negara mara ke pusingan ketiga, manakala perseorangan wanita mara ke pusingan suku akhir selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.

Pemain badminton perseorangan negara Wong Choon Han tidak menghadapi masalah untuk menjinakkan pemain Indonesia Taufik Hidayat apabila menang dengan straight set 21-19 , 21-16.

Sementara Lee Chong Wei yang beraksi sebelum itu berjaya mengalahkan pemain Singapura Ronald Susilo 21-13, 21-14.

Pemain perseorangan wanita negara meneruskan rentak kecemerlangannya selepas menang 21-16, 21-8 ke atas pemain Bulgaria Petya Nedelcheva.
 
aku tulis sorry
 
bace yg ni....

Piala Monsun mungkin tidak diadakan tahun ini

KUALA TERENGGANU: Penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Terengganu yang sepatutnya berlangsung Disember ini, mungkin tidak akan diadakan berikutan tiada persiapan yang dilakukan penganjur, T-Best Events, setakat ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata penganjur sepatutnya sudah mengadakan siri perbincangan dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan itu, yang diadakan di Pulau Duyong di sini.

Beliau berkata bagaimanapun sehingga kini, penganjur tidak memaklumkan persiapan mereka termasuk bagi mengadakan acara sampingan menjelang kejohanan berprestij itu yang memasuki edisi ketiga tahun ini.

“Tiga bulan lalu, penganjur ada berjumpa dengan saya berbincang mengenai Piala Monsun dan mereka minta kerajaan negeri menambah peruntukan berbelas juta untuk menganjurkan kejohanan itu tahun ini.

“(Namun) selepas itu mereka diam dan setakat ini saya tidak tahu mengenai perkembangan kejohanan itu sama ada ia diadakan atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama media Terengganu di sini, malam tadi.

Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun, yang diperkenalkan pada 2006 dikendalikan oleh T-Best Events yang juga anak syarikat TDM Berhad, yang bertindak sebagai penganjur di bawah perjanjian antara kerajaan Terengganu dan World Match Racing Tour.

Ahmad berkata penganjur kejohanan itu meminta kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan lebih tinggi tahun ini kerana mendakwa mengalami kerugian tahun lalu. — Bernama
 
dah macam2 dah naku taip ngan aku baca.... tq CG... sumber info terkini...:)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
Saiful lafaz sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan
15/08/2008 6:33pm

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pukul 6.30 petang ini.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, yang berbaju Melayu coklat menghadap kiblat dan memegang kitab al-Quran telah melafazkan sumpah berikut:

“Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.”

Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut dan ahli keluarga Mohd. Saiful di samping para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antaranya ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. – Utusan.
 
apa pndapat anda??
 
arini aku berjaya siapkan satu fail audit..#:-S #:-S #:-S
 
apa pndapat anda??

KANGAR 15 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melakukan mubahalah bagi menghilangkan keraguan orang ramai terhadap beliau selepas pembantunya bersumpah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Jika Anwar juga bersumpah laknat seperti itu, maka jadilah mubahalah dan kita akan lihat hukuman Tuhan nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, oleh kerana Mohd. Saiful Bukhari Azlan sudah bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, bagi menghilangkan keraguan tersebut, Anwar yang didakwa meliwatnya juga perlu bersumpah laknat.

Dr. Mohd. Asri menyifatkan Mohd. Saiful menanggung risiko yang besar apabila membuat ‘mubahalah’ atau sumpah laknat yang mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.

Menurutnya, bekas pembantu peribadi Anwar itu akan menghadapi laknat Allah jika dia berbohong dan akan selamat kalau dia bercakap benar.

“Saya terkejut dengan keberaniannya bermubahalah tetapi dia sebenarnya menanggung risiko yang amat besar.

“Jika dia berbohong, banyak kelaknatan akan diturunkan Allah kepadanya," kata beliau.

Mufti Perlis itu ialah tokoh agama yang mencetuskan cadangan supaya Anwar dan Mohd. Saiful melakukan mubahalah.

Dr. Mohd. Asri bagaimanapun berkata, keberanian Mohd. Saiful melafazkan sumpah laknat tersebut menunjukkan pemuda itu yakin dengan apa yang dakwanya.

“Tetapi dia juga perlu faham akan kesan sumpah yang dibuatnya jika dia berbohong," katanya.

Mohd. Saiful hari ini bersumpah laknat mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Anwar.

Upacara mengangkat sumpah itu dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 6.30 petang.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, bersumpah disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut serta ahli keluarganya.

Turut hadir ialah para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), antaranya Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.
 
Back
Top
Log in Register