BTC USD 83,837.0 Gold USD 4,170.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ni Korang Baca/Tulis Ape?

dah macam dah yang aku taip dan aku baca.... nak sambung lagi...:)cgrock :)cgrock
 
ntah apa apa,aku sendiri tak tahu nak tulis apa:o :o :o :o :o
 
Proses penamaan calon bermula
16/08/2008 9:02am

BUKIT MERTAJAM 16 Ogos - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang bermula pukul 9 pagi mulai rancak dengan para penyokong kedua-dua parti bertanding, Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula membanjiri perkarangan Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini.

Sebahagian besar penyokong PKR mula memenuhi kawasan penamaan calon itu pada pukul 8.30 pagi tadi.

Mereka membawa bendera dan sepanduk parti itu sambil di udara kelihatan beberapa helikopter polis berlegar bagi memantau pergerakan penyokong.

Sementara itu sebuah lagi parti iaitu Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dijangka akan meletakkan calonnya, Pengerusi parti itu Hanafi Hamat untuk mencuba nasib di sebalik kekuatan BN dan PKR. - Utusan
 
tgh baca paper metro..

x de apa yg menarik selain politik yg mbosakan..
 
Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat

AL-FALAK atau Astronomi merupakan satu bidang ilmu yang begitu kompleks dan rencam untuk dihuraikan, malah keterbatasan daya fikiran menyebabkan manusia tidak dapat mengkaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam.


Secara tidak langsung, Al-Falak mempunyai kaitan dengan hukum alam yang dicipta Allah s.w.t bagi berlangsungnya siang dan malam. Namun, apa yang membimbangkan, kita sering diwarnai dengan pelbagai terjahan fenomena yang seharusnya sebagai satu iktibar buat kita semua.


Fenomena matahari terbit dari barat merupakan satu kejadian yang membuatkan pakar-pakar sains berfikir bagi mencari dan mengkaji akan punca kejadian ini. Ianya juga telah mula diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu. Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): “Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)

Fenomena ini masih di dalam kajian dan dijangka pada 2014 nanti satu komet yang besar akan berada lebih kurang 40 km laluannya dari Bumi. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada Bumi, malah penemuan kawah tinggalan asteroid di Chicxuclub, Semenanjung Yucatan kira-kira 322 km di Barat Cancun, Mexico, pada tahun 1991 telah membuktikan bahawa perkara ini pernah terjadi. Kawah dengan diameter selebar 160-240 km ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana diliputi sedimen sejak jutaan tahun lalu. Komet adalah asteroid yang merupakan objek angkasa bersaiz kecil dan tidak mempunyai bentuk yang khas. Permukaannya beku serta mengumpul debu dan batuan kecil dari angkasa dan jika ia sebesar gelanggang tenis kekuatan hentamannya pada Bumi adalah lima kali ganda daripada letupan atom yang berlaku di Hiroshima.

nak tahu detail : http://islamhadhari.net/?p=434
 
Histeria SMK Tanjung Lumpur semakin teruk

Oleh Ali Mahmood dan Zulkifli Manzor

KUANTAN 28 Ogos – Kejadian histeria yang berulang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini hari ini, bertambah serius apabila salah seorang mangsa pelajar perempuan menjerit-jerit “aku ingin darah dan nyawa.”

Pelajar itu adalah antara lapan pelajar perempuan yang terus menjadi mangsa histeria di sekolah itu yang telah berlarutan sejak tiga bulan lalu.

Jeritan mangsa histeria itu menimbulkan kebimbangan kepada segelintir pelajar, ibu bapa dan beberapa pengamal perubatan tradisional yang berusaha keras untuk memulihkan keadaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah terbabit hari ini mendapati kejadian histeria masih terus membelenggu para guru dan pelajar walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Pahang.

Beberapa ibu bapa yang ditemui berkata, ungkapan salah seorang mangsa histeria hari ini yang berbau ugutan tidak boleh dipandang ringan.

Sehubungan itu, mereka menggesa Jabatan Pelajaran Pahang, pihak sekolah dan pakar dalam bidang perubatan Islam serta tradisional bertindak segera kerana bimbang makhluk halus yang dipercayai mendiami kawasan berkenaan akan bertindak lebih dahsyat lagi.

Malah, terdapat lebih daripada 20 pengamal perubatan rohaniah berusaha untuk memulihkan semula sekolah tersebut sejak Mei lalu, tetapi setakat ini masih menemui jalan buntu.

Hari ini, seorang lagi pengamal perubatan tradisional dari Kuala Kurau, Parit Buntar di Perak, Raja Syed Sheikh Mohd. Sarip Al-Patani, 69, bersama rakannya, Syed Sheikh Abdul Mutalib Al-Habsyi, 46, menawarkan diri untuk memulihkan semula para pelajar dan persekitaran sekolah tersebut.

Bagaimanapun, menurut Raja Syed Sheikh Mohd. Sarip, kejadian histeria yang meresapi 35 pelajar di sekolah itu sukar diterima logik akal.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedang berusaha membuat ‘rundingan’ dengan makhluk halus yang dikatakan menjadi punca kejadian histeria di sekolah terbabit sejak 15 Mei lalu.

Sementara itu, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang memutuskan tidak akan menutup SMK Tanjung Lumpur ekoran kejadian gangguan histeria yang berlarutan itu.

Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, adalah tidak adil untuk menutup sekolah tersebut memandangkan terdapat 796 pelajar lagi yang boleh meneruskan pelajaran seperti biasa tanpa mengalami sebarang gangguan histeria.

Kata beliau, jalan penyelesaian yang boleh dilakukan sekarang ini ialah memindahkan kesemua 35 pelajar terbabit ke sekolah lain.

Beliau percaya jika pelajar terbabit dipindahkan, gangguan histeria akan berakhir kerana sejak ia mula berlaku, hanya mereka yang sering diserang histeria secara berulang-ulang kali.

“Saya percaya jika mereka (mangsa) belajar di sekolah lain masalah tersebut dapat diselesaikan memandangkan histeria hanya terjadi di kalangan 35 pelajar ini sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat guru-guru di Jerantut hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berita muka depan Utusan Malaysia yang mencadangkan supaya sekolah itu ditutup bagi mengatasi masalah histeria yang berlaku terhadap pelajar terbabit yang dilihat tidak berkesudahan.

Abdul Aziz berkata, setakat ini, hanya enam pelajar yang sering mengalami gangguan histeria telah bertukar sekolah dan kini belajar di SMK Sungai Soi, manakala baki 29 pelajar masih belajar di sekolah itu.

Sehubungan itu, beliau merayu ibu bapa kepada 29 pelajar terbabit supaya menukarkan anak mereka ke SMK Sungai Soi atau mana-mana sekolah yang berdekatan sebagai jalan penyelesaian daripada mengambil keputusan menutup SMK Tanjung Lumpur.

“Setakat ini, ibu bapa pelajar berkenaan masih mahu anak-anak mereka terus belajar di SMK Tanjung Lumpur walaupun menyedari anak-anak mereka sering menjadi mangsa gangguan histeria

“Antara alasan yang diberikan ialah anak-anak mereka selesa belajar di sekolah berkenaan,” katanya.

Ditanya kerjasama pelbagai pihak menangani masalah itu, beliau berkata, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) melakukan pemantauan dari aspek psikosis, kemurungan, tekanan dan histeria, manakala Mufti Negeri Pahang serta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pula menawarkan khidmat perubatan Islam bagi tujuan pemulihan.

Dalam pada itu, katanya lagi, daripada 35 pelajar yang sering diserang histeria, sembilan daripadanya akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), manakala dua lagi mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Justeru, katanya, pusat peperiksaan para pelajar terbabit akan dipindahkan ke sekolah lain.

Abdul Aziz turut mengesahkan seramai lapan pelajar perempuan diganggu histeria hari ini dan kesemua pelajar terbabit merupakan pelajar yang sama mengalami kejadian misteri itu sebelum ini.
 
Anwar diharap bantu suburkan demokrasi

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membantu menyuburkan demokrasi di negara ini dalam kapasiti beliau selaku ketua pembangkang yang baru.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan penduduk Permatang Pauh dan parti-parti pembangkang negara ini yang melantik Anwar selaku ketua mereka.

Kata beliau, Anwar mempunyai tanggungjawab tersendiri melalui pelantikan baru tersebut.

"Kita harap dia sebagai ketua pembangkang akan memberi sumbangan terbaik kepada amalan demokrasi dan usaha kita memajukan negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pelancaran Program Wakaf al-Quran dan Salam Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Najib, penampilan semula Anwar adalah isu politik peringkat nasional dan tidak akan membawa sebarang perubahan dalam pemilihan UMNO pada Disember ini.

Ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bukan kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi kekalahan BN, Najib berkata, pelbagai kesimpulan dapat dibuat.

Namun katanya, semua pandangan diambil kira dan BN akan membuat bedah siasat berhubung kekalahan di Permatang Pauh tidak lama lagi.

Tambah Timbalan Perdana Menteri, BN juga akan mengkaji sentimen pengundi ke atas parti itu.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen itu kelmarin, Anwar yang juga Penasihat PKR berjaya mengekalkan penguasaan parti itu di kawasan berkenaan selepas menewaskan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah.
 
dah macam2 yang aku tulih... yang aku baca byk hal belanjawan....
 
Back
Top
Log in Register