BTC USD 83,850.6 Gold USD 4,139.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ni Korang Baca/Tulis Ape?

ari ni aku baca2 kat porum ni jer.

tapi tak banyak berita menarik ler lepas anwar abis angkat sumpah. :D

dan apa yg aku tulis, inilah yg antara aku tulis. :D

selamat berbuka semua...

nak kuar beli lauk, ujan la plak.
 
Dua penjenayah ditembak mati di Changlun

Oleh SHARIZA ABDULLAH

JITRA 2 Sept. – Polis menembak mati dua penjenayah dalam satu kejadian berbalas tembakan di hadapan sebuah stesen minyak di Kilometer 15 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Changlun di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kedua-dua suspek ditembak selepas cuba melarikan diri daripada diperiksa oleh anggota polis yang mendapati keadaan mereka mencurigakan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kedua-dua suspek sebelum itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan oleh anggotanya yang sedang menjalankan rondaan di Plaza Tol Jitra, di sini.

Berikutan itu, kata beliau, anggotanya bertindak mengekori kereta yang dinaiki suspek sejauh 15 kilometer sebelum berhenti di stesen minyak berkenaan.

“Ketika pemeriksaan dijalankan ke atas mereka, salah seorang suspek tiba-tiba melepaskan tembakan dan memecut kereta untuk melarikan diri.

“Anggota polis itu dan sepasukan anggota yang menaiki kenderaan lain membalas tembakan itu dan menyebabkan kereta yang dinaiki suspek merempuh sebatang tiang elektrik sebelum berhenti tidak jauh dari situ,’’ katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Syed Ismail berkata, anggota polis terlibat bagaimanapun bernasib baik kerana tidak terkena tembakan daripada penjenayah.

Menurut beliau, polis menemui sepucuk pistol semiautomatik yang berisi peluru hidup bersama salah seorang penjenayah terbabit selain satu beg yang baru dibeli di dalam kenderaan suspek.

Hasil siasatan awal, katanya, kedua-dua lelaki berusia 25 dan 29 tahun berkenaan dipercayai dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes bunuh, culik dan rompakan di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Mereka juga, katanya, dipercayai terlibat dengan kejadian rompakan wang pindahan tunai (CIT) di Labis, Johor dan Pulau Pinang baru baru ini.

“Polis percaya mereka cuba melakukan jenayah di negeri ini pula,’’ katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.
 
hari aku byk menjelajah mcm2 thread nak aku mengomen la apa yang aku rasakan patut...
 
Doktor Pusrawi mengaku akuan bersumpah miliknya
04/09/2008 1:38pm

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Hospital Pusrawi mengesahkan akuan bersumpah yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today adalah miliknya.

Beliau bagaimanapun mendakwa, penyebaran akuan bersumpah melalui laman web tersebut adalah di luar pengetahuannya.

``Saya bercuti selepas dinasihatkan Pusrawi dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar.

``Saya tidak terlibat dengan politik dan sesungguhnya akuan bersumpah saya adalah benar,’’ katanya pada sidang akhbar di Majlis Peguam di sini hari ini. – Utusan.
 
dah macam2 aku tulis dah untuk hari nie...
 
PM terima peletakan jawatan Zaid

KEPALA BATAS 16 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menerima peletakan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Perdana Menteri, beliau telah dimaklumkan oleh Zaid melalui panggilan telefon pagi tadi bahawa beliau tidak dapat meneruskan kerja lagi.

Bagaimanapun, Abdullah berkata, beliau masih belum membuat keputusan mengenai pengganti Zaid.

"Dia beri tahu yang dia tak dapat meneruskan kerja dia dan dia hendak letak jawatan. Saya kata kalau dah itu pilihan dia yang jelas dan nak letak jawatan, silalah letak jawatan.

"Apa jua alasan, biar dia memberikan alasan untuk dia meletakkan jawatan, saya tidak ada komen,'' kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas Majlis Dermasiswa dan Sumbangan Hari Raya Yayasan Budi Penyayang di sini hari ini.

Hadir sama ialah isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah, anaknya, Nori serta menantunya, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif yayasan berkenaan, Datuk Leela Mohd. Ali.

Pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Zaid menegaskan, keputusan meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kekal walaupun Perdana Menteri meminta beliau supaya memikirkan semula keputusan itu.

Ditanya mengenai alasan Zaid bahawa beliau tidak mendapat sokongan untuk melakukan perubahan, Abdullah berkata, apabila menjadi Menteri, pasti ada masalah dan kesusahan yang terpaksa dihadapi.

Namun, katanya, seseorang Menteri perlu bersabar kerana bukan senang untuk melakukan sesuatu perubahan.

Biarpun begitu, katanya, pembaharuan itu akan diteruskan oleh kerajaan.

Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Sanglang di Perlis dimenangi oleh Pesuruhjaya Pas negeri itu, Hashim Jasin, Perdana Menteri berkata, kerajaan menerima keputusan yang diputuskan oleh mahkamah.

Terdahulu di Putrajaya, Abdullah berkata, reformasi sistem kehakiman yang sedang dilakukan kerajaan akan diteruskan meskipun tanpa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dalam Kabinet.

Katanya, ini kerana kerajaan tidak bergantung kepada mana-mana individu tertentu sehingga menyebabkan sesuatu perancangan dan usaha tidak dapat dilaksanakan.

''Sama ada dia ada atau tidak ada, apa yang dirancangkan itu saya ingin melaksanakannya," ujarnya.

''Kerajaan tidak bergantung kepada mana-mana individu tertentu, sehinggakan kalau dia tidak ada, kerajaan akan jatuh dan lemah," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan mengadakan pertemuan dengan semua ketua setiausaha kementerian di pejabatnya di sini hari ini.
 
Kerajaan masih berkuasa - PM

PUTRAJAYA 16 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kerajaan masih berkuasa dan akan meneruskan tugas dan peranan melaksanakan pembangunan negara dengan mandat yang diberikan rakyat.

Sambil menyelar pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membentuk 'kerajaan baru' hari ini, Perdana Menteri menyeru rakyat supaya jangan kelam-kabut seolah-olah gagal mengawal diri dengan permainan politik Ketua Pembangkang itu.

Beliau mahu rakyat memberikan kerjasama kepada kerajaan dengan berusaha bersungguh- sungguh untuk mengatasi apa jua masalah yang dihadapi negara ketika ini.

''Anwar punya fatamorgana... impian semata-mata. Anwar ini dari dulu sampai sekarang, bila buat ucapan, dia akan cari satu- satu perkara yang hendak diberitahu supaya ramai orang datang, jadi ramailah datang nak dengar.

''Lepas ini dia fikirlah bila tarikh (16 September) sampai (tak jadi), tarikh ini akan terus bertukar dari satu tarikh ke satu tarikh. Itulah cara Anwar, tidak ada apa-apa, yang ada kosong tapi rakyat terpesona sentiasa," katanya.

Beliau ditanya pemberita tentang amanat yang ingin disampaikannya kepada rakyat sempena tarikh pembentukan Malaysia hari ini di sebalik kegagalan Anwar merencanakan impiannya yang diuar-uarkan berulang-kali untuk membentuk 'kerajaan baru 16 September'.

Sebelum itu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan semua ketua setiausaha kementerian di Pejabat Perdana Menteri di sini. Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Abdullah berkata, kerajaan tidak mahu rakyat dipesongkan dengan suasana politik yang digembar-gemburkan Anwar waktu ini.

''Dan kerja akan terus berjalan, yang sibuk ni surat khabar sebab anda dok buat banyak duit, semua orang nak baca dan tahu," katanya berseloroh.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan dan rakyat tidak akan hidup hanya untuk berpolitik.

''Kita ada kerja, lepas pilihan raya, tugas kita ialah bekerja. Kita akan bersungguh- sungguh terhadap apa yang dijanjikan kepada rakyat agar ia dapat dilaksanakan. Tidak ada masa untuk bermain politik," katanya.

Mengenai hasrat Anwar ingin menemui beliau bagi membincangkan masalah politik negara, Abdullah berkata: ''Tengok lah kalau dia ada apa-apa, dalam masa tertentu, bukan saya tidak pernah kenal dia," katanya.

Impian menggunung Anwar untuk membentuk 'kerajaan baru' menerusi jalan pintas dengan memujuk sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN 'lompat parti' ditolak oleh wakil-wakil rakyat parti pemerintah itu.
 
xtau nak tulis apa..nak baca apa..:p
 
tgh terhuyung hayang ngantok ni..baru bc post kat thrread nih sket pun mata dah melilau..
 
bace mcm2 yg korang tulis kat CG ni....sonok gek!
 
Back
Top
Log in Register