BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah, Yuri Gagarin Menjadi Manusia Pertama Ke Angkasa Lepas Pada 12 April 2024

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
1000193027.jpg

Hari ini 63 tahun yang lalu, Yuri Gagarin menjadi manusia pertama ke angkasa lepas.

Selepas satelit buatan manusia pertama dunia, Sputnik I dihantar ke orbit Bumi pada 1957, Soviet menggembeling usaha untuk menghantar manusia pula ke angkasa.

Daripada ratusan juruterbang Soviet yang menghadiri temuduga, 20 calon dipilih untuk mengikuti latihan peringkat pertama. Daripada 20 calon itu, hanya 6 terbaik dipilih pada Mac 1960 - mereka digelar ‘Vanguard Six’.

Ditetapkan bahawa kosmonaut mesti lelaki, berusia 25-30 tahun, tak lebih 1.70m tinggi & 72kg berat. Berdasarkan kriteria ini & beberapa faktor lain, Yuri Alekseyevich Gagarin, yang terkecil dalam kalangan ‘Vanguard Six’ pada ketinggian 1.57m, dipilih sebagai calon akhir.

Lahir pada 9 Mac 1934 di Klushino, Rusia, Gagarin membesar dalam sengsara Perang Dunia II. Minat terhadap pesawat sejak kecil, Gagarin bermula dengan menyertai kelab penerbangan ketika di kolej sebelum diterima masuk ke dalam akademi Angkatan Udara Soviet & lulus pada 1957.

Selepas berbulan-bulan menjalani latihan intensif, Gagarin berlepas di dalam kapsul yang dibawa roket Vostok I dari Baikonur Cosmodrome pada 12 April 1961. Beliau meluangkan masa 108 minit di angkasa, mengorbit Bumi satu pusing lengkap sebelum masuk semula ke atmosfera.

Walau terjadi beberapa kali masalah teknikal, kemasukan semula itu berjalan lancar. Apabila kapsulnya sekitar 6km dari permukaan Bumi, Gagarin melenting keluar & mendarat dengan payung terjun di sebuah ladang di luar bandar Engels, Rusia.

Segalanya dijalankan dalam kerahsiaan hinggalah misi itu berjaya sebelum Soviet mengumumkannya kepada dunia. Gagarin menjadi selebriti terkemuka, menjelajah ke serata dunia menceritakan pengalamannya kecuali ke AS yang melarang kehadirannya.

Beliau tak lagi terbang ke angkasa selepas itu atas faktor keselamatan, namun akhirnya dibenar untuk mengendalikan semula pesawat biasa pada Februari 1968. Namun pada 27 Mac itu, Gagarin maut apabila pesawat dipandunya terhempas.

Sebagai Wira Negara, abu Gagarin disemadikan pada Dinding Kremlin, Moscow.

Sumber: Smithsonian Mag., History, Space

#PeristiwaHariIni
 
389285-389285.jpg

Hari ini 65 tahun yang lalu, Yuri Gagarin menjadi manusia pertama ke angkasa lepas.

Kredit➡️ Astro Awani
 
Back
Top
Log in Register