BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah, Pertempuran Buwaib Tercetus Antara Tentera Islam Dengan Tentera Parsi Pada 12 Ramadan 13 Hijrah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20240323_140941_363.jpg


Hari ini 1,432 tahun Hijrah yang lalu, Pertempuran Buwaib tercetus antara tentera Islam dengan tentera Parsi.

Ia tak lama lepas tentera Khulafa al-Rashidin tewas pada Pertempuran Jambatan di tebing Sungai Euphrates dekat Kufa ketika tentera Islam dalam kemaraan untuk mengusir Empayar Sassanid & menakluk Iraq.

Bila mendapat berita kekalahan itu, Khalifah Umar al-Khattab RA menyeru kekuatan dari seluruh Tanah Arab untuk menyertai angkatan pimpinan Muthanna ibn Haritha bangkit untuk meneruskan misi besarnya.

Mengetahui tentera Islam mengumpul kekuatan untuk serangan balas, kerajaan Sassanid mempersiap angkatan yang kuat dikepalai Mihran ibn Badhan, seorang panglima perang Parsi yang dianggap pakar selok-belok peperangan Arab.

Muthanna memimpin angkatan Islam berarak hingga ke Nakheila di tebing barat Sungai Euphrates, sementara Mihran memimpin angkatan Parsi berarak hingga di tebing timur sungai itu yang bertentangan kem tentera Islam.

Mihran menghantar mesej kepada Muthanna, bertanya tentang siapa yang perlu menyeberangi sungai. Enggan derita Pertempuran Jambatan berulang, Muthanna meminta tentera Parsi yang menyeberang ke tempat mereka.

Selepas 3 kali takbir, tentera Islam melancarkan serangan terhadap barisan tentera Parsi ke segenap penjuru, sehingga menyebabkan sayap kanan lawan bocor, mendedahkan bahagian tengahnya lalu memporak perandakan barisan Parsi.

Namun lepas beberapa ketika, angkatan Islam mula hilang semangat bila semakin ramai gugur berdepan angkatan Parsi yang jauh lebih besar. Muthanna menyeru supaya terus berjuang, kali ini menjadikan Mihran sebagai sasaran utama.

Akhirnya Mihran tumbang dibunuh seorang tentera muda dari Bani Taghlab, menyebabkan angkatan Parsi hilang arah lalu bertempiaran melarikan diri. Namun, tiada seorang pun yang dibiarkan lepas menyeberangi sungai hidup-hidup.

Kemenangan Pertempuran Buwaib menjadi titik tolak peluasan kuasa Islam ke seluruh Iraq sehinggalah tumbangnya Empayar Sassanid sekitar 2 dekad kemudian.

*Gambar: Kematian Mihran digambarkan dalam "Tārīkhunā bi-uslūb qaṣaṣī" (1935)

Sumber: Al Arabiya, Alim

#PeristiwaHariIni
 
Back
Top
Log in Register