BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah, Osman Gazi, Pengasas Dinasti Uthmaniyah, Meninggal Dunia Pada 21 Ramadan 726J

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20240401_235717_906.jpg


Hari ini sekitar 719 tahun Hijrah yang lalu, dipercayai tarikh Osman Gazi, pengasas Dinasti Uthmaniyah, meninggal dunia.

Lahir sekitar tahun 1258 Masihi di Sogut, Osman merupakan anak kepada Ertugrul, penghulu (bey) puak Kayi dari bangsa Turk Oghuz yang bergerak di bawah perintah Empayar Seljuk. Beliau mengambil alih peranan bapanya selepas Ertugrul meninggal dunia pada 1280M.

Osman pantas mengembangkan wilayah jajahannya dengan menakluk penempatan-penempatan kecil di bawah kuasa Byzantine merentas Anatolia. Pada 1298M beliau menawan Yarsihar, kemudian Bilecik, di mana beliau memindahkan pusat pentadbirannya.

Ketika itu wilayah Seljuk telah pun terpecah susulan kekalahan kepada Mongol pada 1293M. Osman mengisytihar kemerdekaan beylik (kerajaan kecil)nya & menakluk wilayah Inegol pada 1299M. Menurut legenda, nama Osman disebut dalam khutbah Jumaat di istana Karacahisar pada tahun itu sebagai kenyataan pertama kedaulatan & kekuasaannya. Peristiwa ini umum dianggap sebagai detik kerajaan Uthmaniyah diasaskan.

Tahun sama, Osman cuba menawan Nicaea (hari ini Iznik), kota penting Byzantine di barat laut Anatolia. Namun dek keampuhan tembok pertahanan kota itu, misi Osman gagal selepas 2 tahun mengepungnya (ia kemudian berjaya ditakluk pada 1330M).

Beliau mengalihkan tumpuannya untuk menakluk Prusa (hari ini Bursa), juga berdepan kesukaran apabila kota itu mendapat bekalan terus dari Constantinople (ibu kota Byzantine). Pengepungan bermula 1308M berlanjutan selama lebih sedekad hinggalah pelabuhan utama Prusa ditawan Osman.

Prusa akhirnya berjaya ditawan pada 1326M, ketika itu takhta telah diserahkan kepada anaknya Orhan Ghazi apabila beliau tak mampu lagi memimpin ekoran sakit gout yang dihidapi selama beberapa tahun. Diriwayatkan, Osman menghembuskan nafas terakhirnya selepas mendengar berita kejayaan di Prusa.

Jasadnya dikebumi di Sogut sebelum dipindahkan ke Prusa mengikut wasiatnya. Kerajaan Uthmaniyah yang diasaskan berkembang menjadi salah satu empayar paling berkuasa dalam sejarah yang menjangkau 3 benua & berdaulat selama lebih 500 tahun.

Sumber: AA, World History Encyclopedia

#PeristiwaHariIni
 
Lahir sekitar tahun 1258 Masihi di Sogut, Osman merupakan anak kepada Ertugrul, penghulu (bey) puak Kayi dari bangsa Turk Oghuz yang bergerak di bawah perintah Empayar Seljuk. Beliau mengambil alih peranan bapanya selepas Ertugrul meninggal dunia pada 1280M
 
Back
Top
Log in Register