BTC USD 84,006.7 Gold USD 4,125.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari ini dalam sejarah Islam.

Pada hari ini di tahun 1982, bermulalah pembunuhan beramai - ramai rakyat Palestin tidak kira beragama Islam mahupun Kristian di dua buah kem pelarian iaitu Sabra dan Shatila yang terletak di Lubnan.

Pembunuhan ini dilakukan oleh gerakan extrimis Kristian Lubnan pasukan separa tentera Phalangist. Turut terlibat adalah angkatan tentera Israel dibawah kepimpinan Ariel Sharon yang secara terus memerintahkan pembunuhan beramai - ramai ini. Sebanyak 3500 orang rakyat Palestin telah dibunuh dari 16 September sehingga 18 September.


10689947_950013535025847_750466221617051035_n_jp.jpg
 
Omar Mukhtar, mungkin nama ini adalah satu nama yang asing bagi kebanyakan dari kita. Beliau bukanlah pembebas Baitulmaqdis seperti Sultan Salahuddin Al Ayubi ataupun bukanlah pembuka kota Konstantinople seperti Sultan Muhammad Al Fateh, beliau hanya seorang tua yang berjuang mempertahankan agama dan tanah airnya hingga ke titisan darah terakhir.

Omar Mukhtar di lahirkan di daerah Barqa (Libya) pada tahun 1858 dan merupakan seorang guru yang mengajar Al Quran. Walau bagaimanapun kehidupan beliau berubah pada tahun 1911 apabila Itali berjaya mengalahkan Empayar Uthmaniyah melalui pengkhianatan lalu menjajah Libya. Pada awal tahun 1912 bermula jihad Omar Mukhtar melawan penjajah Itali.

Perjuangan Omar Mukhtar menentang penjajah Itali berlangsung hampir 20 tahun lamanya. Di dalam masa tersebut, beliau telah berjaya mengalahkan pasukan tentera Itali beberapa kali walaupun pasukan tentera Itali mempunyai kelengkapan yang lebih lengkap dan maju seperti kereta perisai dan juga kapal terbang. Kebolehan Omar Mukhtar untuk mengalah pasukan tentera Itali adalah kerana kebolehannya di dalam merancang peperangan gerila dan juga kebolehannya untuk menyusaikan diri dengan setiap perubahan strategi yang di buat oleh pasukan Itali. Oleh kerana kehebatan beliau di dalam peperangan gerila di padang pasir, beliau di beri gelaran "Singa Padang Pasir" oleh musuh - musuhnya.

Pada 11 September 1931, telah tercedera di dalam sebuah pertempuran dan pihak tentera Itali akhirnya berjaya menawan beliau. Pada 14 September 1931, mahkamah tentera Itali telah memerintahkan agar beliau di hukum gantung sampai mati dan pada 16 September di usia 73 tahun, beliau telah digantung di khalayak ramai.


10647098_951002854926915_4024062747269254887_n_j.jpg

Filem berkenaan beliau.

http://youtube.com/watch?v=IX29PcuSQ70
 
Pada hari ini 19 September di tahun 634 (Sesetengah sumber menyatakan 5 September 634), kota Damsyik (Syria) telah berjaya dikuasai oleh angkatan tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah r.a. Kota Damsyik yang ketika itu diperintah oleh Empayar Byzantin merupakan kota besar yang pertama ditawan oleh angkatan tentera Islam di dalam misi mereka untuk membuka Sham. Pemerintah kota Damsyik ketika itu bernama Thomas, menantu kepada Maharaja Heraclius.

Pengepungan kota Damsyik bermula pada 21 Ogos 634. Pada ketika itu, kota Damsyik memiliki 6 buah pintu gerbang utama dan setiap pintu ini mempunyai nama tersendiri. Nama - nama pintu gerbang ini adalah Bab Sharqi, Bab Touma, Bab al-Jabiya, Bab al-Faradis, Bab Kisan dan Bab al-Saghir. Oleh kerana pada ketika itu, umat Islam masih belum mempunyai kemahiran membina alatan - alatan perang bagi menyerang kota, setiap satu pintu gerbang ini dikawal oleh seorang komander yang terdiri dari pada para sahaba seperti Abu Ubaidah r.a, Khalid bin Walid r.a, Amr bin Al-As r.a. Shurahbil bin Hasanah r.a dan Yazid bin Abu Sufyan r.a. Tujuan utamanya adalah bagi menyekat sebarang bantuan luar dari sampai kepada pertahanan kota tersebut dan.

Terdapat dua versi berkenaan bagaimana kota Damsyik berjaya ditawan oleh angkatan tentera Islam. Versi yang pertama adalah sebahagian kota tersebut menyerah kalah kepada Khalid bin Walid r.a secara aman manakala Abu Ubaidah r.a pula menawan sebahagian lagi kota tersebut melalui serangan. Versi yang kedua dan versi ini adalah lebih terkenal adalah Khalid bin Walid r.a yang menawan sebahagian kota Damsyik melalui serangan menakala sebahagian yang lain menyerah kalah secara aman kepada Abu Ubaidah r.a.

Oleh kerana versi yang kedua lebih terkenal,kita akan menggunakan ia sebagai versi utama pada cerita kali ini. Versi ini bermula dengan pada malam 18 September 634, seorang penduduk kota Damsyik bernama Jonah telah menyusup keluar dari kota tersebut dengan tujuan untuk berjumpa dengan Khalid bin Walid r.a. Jonah menceritakan bahawa sebelum angkatan tentera Islam datang mengepung kota Damsyik, dia telah menikahi dengan seorang wanita yang juga merupakan penduduk kota Damsyik. Walaupun sudah bergelar suami dan isteri, mereka masih tidak dapat bersama kerana keluarga si perempuan enggan menyerahkan isteri Jonah kepadanya dengan alasan peperangan yang berlangsung perlu di utamakan. Oleh kerana itu Jonah berasa dukacita lalu mengambil keputusan menawarkan jalan untuk angkatan tentera Islam menawan kota Damsyik dengan balasan Khalid bin Walid r.a membantunya untuk mendapatkan isterinya. Khalid bin Walid r.a bersetuju lalu Jonah menceritakan bahawa pada malam tersebut akan diadakah pesta menraikan perayaan di kota Damsyik. Ini bermakna akan terdapat banyak minuman keras yang disediakan dan hanya sedikit sahaja pengawal akan berkerja mengawal kota tersebut pada malam itu. Khalid bin Walid r.a mempercayai kata - kata Jonah lalu beliau mengajak Jonah memeluk Islam dan akhirnya Jonah menerima ajakan tersebut lalu memeluk agama Islam.

Sejerus selepas itu, Khalid bin Walid r.a telah mengarahkan pasukannya untuk menyediakan tali dan juga tangga untuk memanjat tembok kota Damsyik. Atas sebab faktor jarak jauh dan kesuntukan masa, Khalid bin Walid r.a telah mengambil keputusan untuk melakukan serangan tersebut secara bersendirian dan tidak memaklumkan kepada komander pasukan lain. Apabila tengah malam tiba, Khalid bin Walid r.a, Qaqa bin Amar r.a dan Mazur bin Adi r.a telah memanjat tembok kota tersebut menggunakan tali sambil membawa tangga tali. Setelah sampai di atas tembok tersebut mereka mencampakkan tangga tali kebawah lalu sekitar 100 orang tentera Islam mula memanjat tembok tersebut. Setelah kesemua mereka sampai ke atas tembok tersebut, mereka mula menuju ke arah pintu gerbang Bab Sharqi. Ketika di dalam perjalanan ke sana mereka bertemu dengan beberapa orang tentera Byzantin tetapi kesemua mereka berjaya dibunuh dengan mudah kerana mereka sedang di dalam keadaan mabuk.

Apabila sampai ke pintu gerbang Bab Sharqi, terdapat 2 orang pengawal yang sedang menjaga pintu tersebut lalu Khalid bin Walid r.a membunuh seorang dan seorang lagi dibunuh oleh Qaqa bin Amar r.a. Pada masa tentera Byzantin telah sedar bahawa kota Damsyik telah dicerobohi lalu mereka semua menuju ke Bab Sharqi tetapi Khalid bin Walid r.a berjaya membuka pintu gerbang tersebut lalu pasukan tentera Islam yang sedang menunggu di luar terus meluru masuk ke dalam kota Damsyik. Apabila Thomas mendapat tahu bahawa Khalid bin Walid r.a sudah berjaya menawan sebahagian kota Damsyik, dia berlari menuju kearah Abu Ubaidah r.a dan menawarkan penyerahan kalah kota Damsyik secara aman.

Pasukan Abu Ubaidah r.a dan komander lain masuk ke dalam kota Damsyik secara aman lalu mereka berjumpa dengan pasukan Khalid bin Walid r.a di tengah - tengah kota tersebut. Lalu terdapat perselisihan di antara Abu Ubaidah r.a dan Khalid bin Walid r.a. Khalid bin Walid r.a menyatakan bahawa kota Damsyik ditawan dengan peperangan lalu layak untuk mendapatkan harta rampasan tetapi Abu Ubaidah r.a pula menyatakan bahawa kota Damsyik ditawan secara aman dan penduduknya sudah bersetuju untuk membayar Jizyah. Selepas beberapa ketika akhirnya Khalid bin Walid r.a bersetuju mengikut perjanjian yang dibuat oleh Abu Ubaidah r.a dan Thomas selepas Abu Ubaidah r.a menerangkan bahawa penduduk Sham sudah mendengar khabar bahawa tentera Islam akan memberikan keamanan kepada mereka jika mereka menyerah secara aman dan tentera Islam tidak akan sesekali memutuskan perjanjian damai yang sudah dibuat dan jika Khalid bin Walid r.a masih mahu meneruskan peperangan maka ia akan memburukkan reputasi tentera Islam di penduduk Sham lalu menyukarkan pembukaan Sham.

Ilustrasi kedudukan tentera Islam di sekeliling kota Damsyik.


10616431_951603864866814_3921433087774884910_n_p.png
 
Pada hari ini 20 September di tahun 1187, selepas berjaya menghancurkan angkatan tentera Salib di Pertempuran Hattin pada bulan Julai, maka bermulalah kepungan ke atas kota Baitulmaqdis oleh angkatan tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi rahimahullah.

Terdapat sekitar 20 000 orang tentera Islam yang menyertai kepungan ini manakala di pihak angkatan tentera Salib, selepas majoriti daripada tentera mereka terbunuh di Pertempuran Hattin, hanya terdapat sekitar 60 orang Satria Salib yang mempertahankan kota tersebut dan mereka di bantu oleh pengawal kota dan juga penduduk kota yang menjadikan keseluruhan pasukan pertahanan 4000 sehingga ke 6000 orang. Pasukan pertahanan tentera Salib dipimpin oleh Balian of Ibelin dan Patriarch Heraclius yang merupakan ketua paderi di Baitulmaqdis.

Peta pengepungan kota Baitulmaqdis.


10682378_952114438149090_7327881888290624606_o.jpg
 
Pada hari ini 22 September di tahun 1520, Sultan Selim I "Yavuz" yang memerintah Empayar Uthmaniyah telah mangkat. Beliau memerintah Empayar Uthmaniyah selama 8 tahun sahaja tetapi di dalam masa yang singkat tersebut beliau berjaya meluaskan Empayar Uthmaniyah berkali ganda ini termasuk menawan keseluruhan Kesultanan Mesir Mamluk.

Sultan Selim I adalah Sultan dari Bani Uthmaniyah yang pertama mendapat gelaran secara rasmi apabila beliau di berikan gelaran "Khâdim ül Haramain ish Sharifain" yang bermaksud "Penjaga dua kota suci Mekkah dan Madinah" pada tahun 1517.

Pemerintahannya menampakkan pertukaran polisi pemerintah Uthmaniyah apabila mereka mula memperluaskan penguasaan mereka ke arah Tanah Arab dan Afrika kerana selama ini Uthmaniyah hanya mengamalkan polisi perluaskan kawasan penguasaan mereka di arah Eropah sahaja.

Potret Sultan Selim I.


10314568_953704277990106_7929276083228527711_n_j.jpg
 
Pada hari ini di tahun 1187, selepas 12 hari mengepung kota Baitulmaqdis akhirnya kota tersebut kembali semula kepada umat Islam. Ini adalah kali pertama kota Baitulmaqdis kembali ke tangan umat Islam selepas ia di tawan oleh pasukan Salib selama 88 tahun lamanya.

Tidak seperti tentera Salib yang membunuh kebanyakkan penduduk kota Baitulmaqdis ketika mereka menawannya pada tahun 1099, Sultan Salahuddin Al Ayubi rahimahullah telah mengambil keputusan untuk membenarkan penduduk Baitulmaqdis yang mahu berhijrah untuk pergi dengan aman tetapi dengan syarat sesiapa yang mampu membayar wang tebusan mereka perlulah membayarnya di dalam masa satu bulan. Sultan Salahuddin juga telah melindungi hak orang Kristian dengan tidak merampas mahupun merosakkan mana - mana Gereja pun yang terdapat di dalam kota Baitulmaqdis.

Setelah dibebaskan kota Baitulmaqdis, Sultan Salahuddin telah mengarahkan tempat - tempat ibadat bagi umat Islam di sekeliling kota Baitulmaqdis untuk di bersihkan menggunakan air mawar dan buat pertama kalinya di dalam tempoh 88 tahun, azan berkumandang di Masjidil Aqsa semula.

:- Ilustrasi penyerahan pasukan Salib kepada Sultan Salahuddin Al Ayubi rahimahullah.


1781374_959514077409126_1649126416824808591_o.jpg
 
Pada hari ini di tahun 732, telah berlaku Pertempuran Tours di daerah Tours, Perancis. Pertempuran ini berlaku diantara pasukan khalifahan Ummayah yang dipimpin oleh Abd Ar-Rahman Al Ghafiqi iaitu gabenor Andalusia bagi Kekhalifahan Ummayah yang menentang pasukan gabungan Eropah yang dipimpin oleh Charles Martel Odo, Duke daerah Aquitaine.

Pertempuran ini berlaku selepas 21 tahun umat Islam mememulakan ekspedisi membuka Sepanyol (Andalusia) dan setelah keseluruhan Andalusia berada di bawah kekuasaan Khalifahan Ummayah, kemaraan ini diteruskan sehingga ke Selatan Perancis. Di permulaan ekspedisi membuka Perancis, tentera Islam mendapat kejayaan demi kejayaan dan dengan kejayaan ini turut serta terkumpul harta benda rampasan yang sangat banyak dan ternyata harta rampasan ini adalah penyebab kepada kegagalan ekspedisi ini.

Pasukan yang dipimpin oleh Charles Martel Odo adalah lebih besar berbanding pasukan yang dipimpin oleh Abd Ar- Rahman Al Ghafiqi tetapi ketika pertempuran bermula pada 9 Oktober kedua - dua pasukan sama tandingan dan pertempuran pada hari pertama berkahir dengan seri. Pada 10 Oktober kedua - dua pasukan kembali bertempur dan seperti hari sebelumnya kedua - duanya sama kuat tetapi Charles Martle Odo telah menghantar sepasukan kecil tenteranya dan menyerang kem tentera Islam di mana terdapat banyak harta rampasan yang sedang disimpan.

Apabila tentera Islam mendapat tahu bahawa harta rampasan mereka sedang dirampas mereka beramai - ramai melarikan diri dari medan pertempuran untuk menyelamatkan harta rampasan mereka. Abd Ar- Rahman Al Ghafiqi cuba untuk menahan tentera - tenteranya daripada meninggalkan medan pertempuran tetapi malangnya seruan beliau tidak di endahkan malahan beliau dikepung oleh pihak musuh dan telah syahid di medan pertempuran.

Dengan kekalahan tentera Islam di Pertempuran Tours maka berakhirlah kemaraan umat Islam ke benua Eropah Barat. Jika umat Islam memenangi pertempuran ini kemungkinan besar Perancis juga akan diperintah umat Islam seperti mana berlakunya di Andalusia.

Ilustrasi Pertempuran Tours.


1932765_965838473443353_8263318956512852805_o.jpg
 
Bgus thread ini..tak ramai tahu sejarah islam termasuk diri saya sendiri.tahniah t.t kerana buka thread ini dan harap selalu di update..
 
Back
Top
Log in Register