BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,174.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari ini dalam sejarah Islam.

syabas saudara strom:)cgrock

teruskan lagi sehingga maklumat anda sampai semoga
umat Islam sedar bagaimana cara mereka dijatuhkan ...
 
Pada hari ini 19 februari di tahun 1915, angkatan tentera laut Britain dan Perancis mula mengebom selat Dardanelles menandakan permulaan Pertempuran Gallipoli yang berakhir dengan kekalahan pasukan bersekutu yang terdiri daripada Britain, Perancis, New Zealand, Australia, Kanada dan tentera British India dan satu - satunya kemenangan Empayar Uthmaniyah ketika Perang Dunia Pertama.Satu perkara yang menarik untuk di ketengahkan ialah Winston Churchill iaitu Perdana Menteri "Lagenda" Britain ketika Perang Dunia ke 2 adalah perancang utama operasi ini yang bertujuan iuntuk menjatuhkan Empayar Uthmaniyah.

:- Gambar

(1) HMS Canopus iaitu sebuah kapal British kelas "Dreadnought"(Battleship) sedang mengebom kubu tentera Utmaniyah yang menjaga selat Dardanelles.

image.php

(2) HMS Irresistible iaitu sebuah kapal kelas "Dreadnought" (Battleship) sedang tenggelam setelah berjaya ditembak oleh meriam pantai (coastal gun).

image.php

(3) Salah sebuah meriam pantai (coastal gun) yang digunakan oleh angkatan tentera Uthmaniyah untuk mempertahankan selat Dardanelles


image.php
 
Pada hari ini 5 Mac tahun 1906 pertempuran Bud Dajo telah berlaku di antara pasukan tentera Amerika Syarikat dan penduduk Islam di Moro, Filipina. Pertempuran ini berlaku kerana Amerika Syarikat yang baru sahaja menawan Filipina daripada Sepanyol menyatakan bahawa kawasan pemerintahan Kesultanan Sulu iaitu Mindanao adalah sebahagian daripada Filipina lalu mereka mempunyai hak di dalam pentadbiran Mindanao.

Di dalam pertempuran ini seramai 790 tentera Amerika Syarikat terlibat di mana bangsa Moro pula berjumlah 1000, ini termasuk golongan wanita dan kanak - kanak. Pasukan Amerika memenangi pertempuran ini kerana mempunyai persenjataan moden manakala bangsa Moro kebanyakannya hanya menggunakan senjata tradisional. Daripada 1000 orang hanya 6 orang sahaja terselamat. Tentera Amerika membunuh kesemuanya tidak kira lelaki, perempuan ataupun kanak - kanak. Hanya 21 tentera Amerika yang terbunuh di dalam pertempuran ini.


Gambar menunjukkan banyaknya jenazah bangsa Moro yang terbunuh di dalam pertempuran ini dan tentera Amerika bergambar dengan jenazah - janazah ini sebagai kenang - kenangan.

image.php
 
era 1800 adalah bermulanya zaman fitnah bagi umat Islam
dari situlah bermulanya kejatuhan kerajaan2 Islam di seluruh dunia
hampir serentak ....
 
Bestnyeee,aku sangat suke sejarah,thanx TT atas info yang betul2 menarik.Banyak sejarah kehebatan islam yang aku tak tau ropenye,sila share lagi ek.:)cgrock
 
Pada hari ini 7 Mac di tahun 1799, tentera Perancis yang dipimpin oleh Maharaja Napoleon Bonaparte telah berjaya menawan kota Jaffa, Palestin daripada penguasaan Empayar Uthmaniyah. Penawanan kota ini adalah sebahagian daripada ekspedisi Napoleon yang mahu mendapatkan tanah jajahan baru di Mesir dan Sham. Setelah menawan kota ini, Napolean telah mengarahkan tenteranya untuk membunuh 2000 sehingga 4000 anggota tentera Uthmaniyah yang berjaya ditawan dengan cara menembak dan apabila sudah kehabisan peluru mereka dibunuh dengan ditikam boyonet dan pisau. Kebanyakkan tentera Uthmaniyah tersebut adalah berbangsa Albania. Selain itu, gabenor kota Jaffa iaitu Abdallah Bey juga dibunuh dan penduduk kota Jaffa turut dibunuh, dirompak dan dirogol.

Setelah penawanan kota Jaffa, penyakit epedemik mula merebak ke atas angkatan tenteranya. Akhirnya ini telah membuat anggota tenteranya memaksa untuk Napoleon pulang ke Perancis atau mereka akan memberontak. Di sebabkan penyakit ini ekspedisi Napoleon telah menemui kegagalan. Kota Jaffa kembali ke pihak Uthmaniyah selepas itu dan dengan bantuan jurutera British, pertahanan kota tersebut telah di tingkatkan.


Ilustrasi penawanan kota Jaffa.

image.php
 
Back
Top
Log in Register