BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari ini dalam sejarah Islam.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Pada hari ini di tahun 590 Masihi, Khosrau II telah ditabalkan sebagai Shah Parsi. Khosrau II adalah Shah Parsi yang terakhir memerintah Parsi secara mutlak sebelum Parsi ditawan oleh angkatan tentera Islam ketika era pemerintahan Khalifah Umar ibn Khattab r.a.

Rasulullah s.a.w pernah menghantar surat menyeru Khosrau II kepada Islam tetapi Khosrau II telah bertindak biadap dengan mengonyak - ngonyak surat tersebut dan mengarahkan Bazan iaitu gabenor Yaman yang merupakan negara ufti Parsi untuk menangkap Rasulullah s.a.w dan membawa baginda s.a.w kembali ke Parsi. Apabila Rasulullah s.a.w mendapat tahu bahawa Khosrau II mengoyak - ngonyak surat yang dihantar oleh baginda s.a.w, baginda s.a.w mendoakan supaya Allah s.w.t mengonyak - ngonyakkan kerajaannya.

Bazan, iaitu gabenor Yaman telah menghantar 2 orang bawahannya untuk menangkap Rasulullah s.a.w dan apabila mereka bertemu Rasulullah s.a.w, baginda s.a.w menyatakan kepada mereka berdua

“Nasib telah bertukar bagi raja kamu. Khosrau telah dibunuh olah anaknya sendiri, Sheroya. Kamu bawalah mesej kepada tuan kamu. Juga beritahunya bahawa ia akan mengetahui nanti bahawa kerajaan Islam akan berkembang hingga ke ibu negara Kerajaan Kisra”.

Kedua - dua orang suruhan Bazan telah memeluk agama Islam setelah melihat budi pekerti Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Kemudia mereka kembali ke Yaman dan menyampaikan apa yang Rasulullah s.a.w katakan. Tidak lama selepas itu datang utusan yang menyatakan Khosrau II telah dibunuh oleh anaknya sendiri lalu Bazan dan orang bawahannya mengakui kenabian Rasulullah s.a.w dan beramai - ramai memeluk Islam.

Selepas pembunuhan Khosrau II, berlaku perebutan kuasa dan perang saudara di Parsi dan 5 tahun selepas itu bermulalah misi angkatan tentera Islam untuk menawan Parsi dan membalas keangkuhan mereka yang menghina dan mengonyak - ngonyak surat Rasulullah s.a.w. Di sebabkan perang saudara kerana pembunuhan Khosrau II, angkatan tentera Islam berjaya menawan Parsi dengan mudah.

Isi Kandungan Surat Rasulullah s.a.w kepada Khosrau II
-------------------------------------------------------------------

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dari Muhammad Rasul Allah kepada Kisra, Raja Farsi.

Semoga salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk, beriman kepada Allah dan NabiNya. Saya bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah, yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Allah telah menjadikan Saya nabi dan menghantar Saya ke seluruh alam, supaya saya dapat semaikan ketakutan kepada Allah kepada setiap orang. Terimalah Islam dan terselamat. Jika kamu enggan, segala dosa Zaorastrian akan menjadi tanggungjawab kamu.

(Sirah Tabari, jilid 3, ms 90 dan Sahih Bukhari)

-Sejarah Islam Dulu Dan Kini-

:- Gambar syiling yang memaparkan wajah Khosrau II


image.php
 
semoga ramai yang dapat menyumbang sejarah islam dalam ni...

terima kasih tt


... akhirnya parsi tumbang kepada pejuang Islam jua ...
 
Sharbanu (atau Shahrbānū) (Bahasa Parsi: شهربانو, "Puan Tanah Ini") adalah puteri kepada Maharaja Parsi yang bernama Yazdegerd III. Beliau telah ditawan oleh tentera Islam dan dihantar ke Madinah. Sharbanu akhirnya dilamar oleh Saidina Hussain r.a. bagi dijadikan isteri. Ini mengeratkan hubungan Parsi dengan Arab.

Abangnya, Fairuz yang nama Islamnya Abu Lukluah akhirnya dipengaruhi oleh bekas pembesar Parsi di Madinah untuk membunuh Saidina Umar Al-Khattab. Abu Lukluah akhirnya dibunuh oleh sahabatnya sendiri
 
Sama sama..Kita sambung cerita..:)

Pada hari ini di tahun 1804, kapal perang Amerika Syarikat, USS Philadelphia yang ditawan oleh Pasha Tripoli (Libya kini) yang ketika itu dibawah pemerintahan Empayar Uthmaniyah telah telah dibakar oleh sekumpulan tentera Amerika Syarikat.

Pada tahun 1801, telah bermula Peperangan Barbary Pertama di mana Amerika Syarikat menentang Empayar Uthmaniyah, negeri uftinya iaitu Tripoli (Libya), Tunis (Tunisia), Algeria dan juga bersama Kesultanan Mahgribi (Morocco). Peperangan ini tercetus kerana Amerika Syarikat enggan membayar ufti kepada negeri - negeri tersebut bagi memastikan kapal - kapal dagangan mereka selamat daripada serangan lanun di perairan Mediterranean.

Pada 31 October 1803, kapal kelas frigate USS Philadelphia telah berjaya ditawan di Tripoli dan ditunda ke perlabuhan Tripoli. Kerajaan Amerika Syarikat merasakan penawanan kapal ini adalah satu kejadian yang memalukan dan kapal ini terlalu bahaya untuk berada di dalam tangan musuh oleh sebab itu sepasukan tentera elit telah di tubuh dan tugas mereka adalah untuk membakar kapal ini supaya pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Misi ini berjaya dilaksanakan oleh Leftenan Stephen Decatur, Jr bersama 60 orang tentera Amerika pada malam 16 Februari 1804.

:- Gambar ilustrasi USS Philadelphia yang musnah dibakar manakala kapal kecil di hadapan adalah kapal yang digunakan oleh Leftenan Stephen Decatur, Jr untuk melakukan serangan tersebut.


image.php
 
Sambung lagi..:)

Pada hari ini 18 februari di tahun 1229, Sultan Al-Kamil dari Kesultanan Ayyubi telah mentandatangani perjanjian perdamaian dengan Maharaja Frederick II iaitu maharaja "Holy Roman Empire" yang memimpin expedisi Salib ke 6. Di dalam perjanjian ini, Kesultanan Ayyubi akan

i) Menyerahkan kota Baitulmaqdis bersama keseluruhan Palestine kepada Kristian

ii) Kawasan Masjid Al Aqsa masih di miliki oleh umat Islam

iii) Tembok kota Baitulmaqdis tidak boleh dibina kembali oleh pasukan Salib

iv) Umat Islam di tidak akan diganggu bersama harta mereka

v) Umat Islam di benarkan untuk menggunakan sistem perundangan sendiri

vi) 10 tahun tempoh keamanan di kedua belah pihak.

Sultan Al-Kamil sebelum itu telah mengalahkan expedisi Salib ke 5 tetapi di sebabkan permasalahan perubatan kuasa yang ditimbulkan oleh saudaranya, Sultan Al-Kamil terpaksa membuat perjanjian damai dengan Maharaja Frederik II bagi mengelakkan kehilangan kawasan yang lebih banyak. Sultan Al-Kamil mangkat sebelum sempat 10 tahun tempoh keamanan tamat tetapi selepas tamat tempoh perjanjian tersebut, kota Baitulmaqdis kembali ke tangan umat Islam.

:- Selepas Sultan Salahuddin Al Ayyubi menawan kota Baitulmaqdis, kota tersebut telah bertukar tangan dari umat Islam dan Kristian beberapa kali dan tidak kekal di tangan umat Islam sehingga Israel merampasnya pada tahun 1948 seperti kepercayaan kebanyakkan umat Islam.

:- Gambar ilustrasi Sultan Al-Kamil dan Maharaja Frederick II


image.php

Sedikit info tentang sejarah dunia pula..pada hari ini 18 february 1979 salji telah turun buat kali pertama digurun sahara..fenomena ini berlansung selama setengah jam..Yes! On February 18, 1979, snow fell in that desert. No records indicate it had snowed there before or since. Not surprisingly, the 1979 snowfall quickly melted.:)
 
perkongsian tentang keagungan dan kehebtan islam begini lah seharusnya ada dalam filem dan drama di Malaysia..

US punya filem tunjuk diorang hebat, padahal hampeh..
 
Back
Top
Log in Register