BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah, Foto Ikonik Che Guevara Diambil Pada 5 Mac 1960

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20240306_133009_858.jpg


Hari ini 64 tahun yang lalu, foto ikonik Che Guevara ini diambil.

Pada 5 Mac 1960, satu majlis pengebumian 100 pekerja yang terkorban dalam nahas letupan kapal kargo di pelabuhan di Havana berlangsung. Kerajaan revolusioner Cuba pimpinan Fidel Castro menuduh AS sebagai dalang di sebalik nahas tersebut.

Ketika Castro menyampaikan pidatonya, Ernesto “Che” Guevara, sang general revolusi & minda utama di dalam rejim Castro, tampil di hadapan khalayak dekat dengan rostrum di mana Castro berucap selama kurang lebih 30 saat sebelum kembali ke dalam keramaian.

Dalam jendela waktu singkat itu, Alberto Díaz Gutiérrez sempat merakam 2 foto Guevara menggunakan kamera Leica M2 dengan lensa 90mm & filem hitam putih Kodak Plus-X. Beliau menghantar foto-foto itu kepada akhbar La Revolución namun mereka enggan memakainya.

Gutiérrez, atau dikenali sebagai Korda, menyukai satu daripada foto itu & memotongnya menjadi potret. Dinamakan “Guerrillero Heroico,” Korda menggantung foto itu pada dinding rumahnya & memberikan salinan kepada sesiapa sahaja yang datang bertandang.

Hanya pada 1967 kewujudan imej sampai ke pengetahuan khalayak ramai itu apabila ia muncul dalam majalah Paris Match bersama artikel tentang gerakan gerila Latin Amerika. Guevara mati dibunuh Oktober tahun itu ketika berjuang bersama revolusioner di Bolivia.

Ketika upacara peringatan Guevara di Havana, cetakan besar Guerrillero Heroico digantung di depan Kementerian Dalam Negeri Cuba. Detik itu menandakan ‘pertabalan’ Guevara sebagai seorang wira revolusi & imej Korda itu sebagai ikon pemberontakan.

Gambar itu semakin menular apabila artis Ireland Jim Fitzpatrick mengolahnya, meletakkan imej hitam putih Guevara berlatar belakang merah & mengedarkannya secara meluas. 1968 adalah tahun bergolak di serata dunia & imej Guevara kerap dipakai.

Sehingga hari ini, imej Guerrillero Heroico terus menjadi simbol penentangan & Korda tak pernah menuntut sebarang royalti ke atas penggunaan gambarnya itu. Ia dianggap sebagai antara gambar termasyhur dalam sejarah.

Sumber: History

#PeristiwaHariIni
 
Sehingga hari ini, imej Guerrillero Heroico terus menjadi simbol penentangan & Korda tak pernah menuntut sebarang royalti ke atas penggunaan gambarnya itu. Ia dianggap sebagai antara gambar termasyhur dalam sejarah.
 
Back
Top
Log in Register