BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah, Dipercayai Kitab Zabur Diturunkan Kepada Nabi Daud AS. Pada 18 Ramadan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20240329_222514_774.jpg


Pada 18 Ramadan, dipercayai kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS.

Dalam agama samawi, Zabur merupakan satu daripada 4 kitab suci yang diturunkan Allah SWT kepada 4 orang utusanNya. Ia turun selepas Taurat (Nabi Musa AS), kemudian diikuti Injil (Nabi Isa AS) & Al-Quran (Nabi Muhammad SAW).

Nama ‘Zabur’ adalah daripada perkataan Arab bererti ‘tulisan/karangan’. Dalam sumber terawal ia mungkin merujuk kepada tulisan Arab Selatan Purba di atas daun tamar. Dalam Kristian ia dipanggil ‘Psalms’, sementara orang Yahudi memanggilnya ‘Tehilim’, yang mana kedua-duanya bermaksud ‘nyanyian memuji tuhan.’

Zabur disebut sebanyak 3 kali di dalam Al-Quran, tak dijelaskan secara terperinci tentang isinya, cuma diceritakan bahawa ia diturunkan kepada Nabi Daud AS. (surah An-Nisa ayat 163; Al-Isra’ ayat 55; Al-Anbiya ayat 105).

Diriwayatkan, Nabi Daud AS merupakan seorang pengembala kambing muda bertubuh kecil berbangsa Yahudi yang menawarkan diri untuk mendepani Jalut (Goliath) yang mencabar kekuasaan Raja Talut (Saul).

Hari demi hari, Nabi Daud AS menawarkan dirinya, tapi Talut menolak, memandangkan tubuh Jalut yang lebih besar daripada biasa. Akhirnya selepas 40 hari tiada satu pun perwiranya mampu menewaskan Jalut, Talut akhirnya mengutuskan Nabi Daud AS.

Dengan sekali ayunan lastiknya, Nabi Daud AS membunuh Jalut. Kejayaan besar itu membawa kemasyhuran kepadanya & baginda tidak selesa dengan hal ini, lalu pergi mengasingkan dirinya ke gurun & gunung. Ketika episod khalwat inilah, Nabi Daud AS dikurniakan Zabur.

Nabi Daud AS kemudian diangkat menjadi Raja Bani Israil & Zabur menjadi panduan utama baginda untuk memimpin & mentadbir umatnya.

Sumber: Anbiya’ Allah (Ahmad Bahjat, 1995), Islamic Voice

#PeristiwaHariIni
 
Nama ‘Zabur’ adalah daripada perkataan Arab bererti ‘tulisan/karangan’. Dalam sumber terawal ia mungkin merujuk kepada tulisan Arab Selatan Purba di atas daun tamar. Dalam Kristian ia dipanggil ‘Psalms’, sementara orang Yahudi memanggilnya ‘Tehilim’, yang mana kedua-duanya bermaksud ‘nyanyian memuji tuhan.’
 
Back
Top
Log in Register