eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PELANCARAN PERKHIDMATAN TV MALAYSIA-Tarikh Peristiwa pada 28-12-1963
Pada hari ini dalam tahun 1963, Perkhidmatan Televisyen (TV) Malaysia telah dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman dari studio sementara TV Malaysia di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Kerajaan Malaysia telah mendapat bantuan daripada Suruhanjaya Penyiaran Kanada untuk memperkenalkan perkhidmatan ini. Pada peringkat awal, siaran ialah kira-kira 5 setengah jam sehari atau 44 jam seminggu dengan tambahan masa siaran pada hujung minggu. Separuh daripada rancangan yang disiarkan dibuat terus-menerus dari studio manakala selebihnya adalah filem-filem sumbangan Filem Negara dan sumber luar. Dalam tahun 1964, beberapa buah stesen pemancar telah dibina. Antaranya di Gunung Ledang dan Bukit Maxwell (Perak), Gunung Tampin (Negeri Sembilan), Gunung Jerai (Kedah) dan Gunung Pulai (Johor). Pembinaan stesen pemancar tambahan telah membolehkan lebih ramai penonton menerima perkhidmatan ini yang sebelumnya terhad kepada ibu negara dan kawasan berhampiran sahaja. Antara kejayaan TV Malaysia sejak pelancarannya ialah mewujudkan Kompleks Angkasapuri, perubahan daripada hitam putih kepada TV warna (1978) selain tambahan masa siaran, penerbitan rancangan tempatan dan sebagainya.