Hari Ini Dalam Sejarah-28/12

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PELANCARAN PERKHIDMATAN TV MALAYSIA-Tarikh Peristiwa pada 28-12-1963

Pada hari ini dalam tahun 1963, Perkhidmatan Televisyen (TV) Malaysia telah dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman dari studio sementara TV Malaysia di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Kerajaan Malaysia telah mendapat bantuan daripada Suruhanjaya Penyiaran Kanada untuk memperkenalkan perkhidmatan ini. Pada peringkat awal, siaran ialah kira-kira 5 setengah jam sehari atau 44 jam seminggu dengan tambahan masa siaran pada hujung minggu. Separuh daripada rancangan yang disiarkan dibuat terus-menerus dari studio manakala selebihnya adalah filem-filem sumbangan Filem Negara dan sumber luar. Dalam tahun 1964, beberapa buah stesen pemancar telah dibina. Antaranya di Gunung Ledang dan Bukit Maxwell (Perak), Gunung Tampin (Negeri Sembilan), Gunung Jerai (Kedah) dan Gunung Pulai (Johor). Pembinaan stesen pemancar tambahan telah membolehkan lebih ramai penonton menerima perkhidmatan ini yang sebelumnya terhad kepada ibu negara dan kawasan berhampiran sahaja. Antara kejayaan TV Malaysia sejak pelancarannya ialah mewujudkan Kompleks Angkasapuri, perubahan daripada hitam putih kepada TV warna (1978) selain tambahan masa siaran, penerbitan rancangan tempatan dan sebagainya.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PELANCARAN TV WARNA-Tarikh Peristiwa pada 28-12-1978

Perkembangan di bidang penyiaran pesat berkembang di negara ini, salah satu daripada alat perantara penyiaran di negara ini ialah Televisyen. Di bawah Kementerian Penerangan usaha-usaha telah dijalankan bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat di negara ini. Salah satu perkembangan yang pesat pada bidang ini ialah pelancaran TV Warna. Majlis Pelancaran TV Warna ini dilancarkan sempena genap 15 tahun usia siaran TV di Malaysia pada 28.12.1978. Rancangan pertama yang disiarkan dalam bentuk warna ialah program Puspawarna yang disiarkan secara langsung. Berucap semasa merasmikan Pelancaran TV Warna di Auditorium Besar Angkasapuri, Perdana Menteri Datuk Hussein Onn berharap pihak TV dapat memainkan peranan yang penting bagi menyampaikan maklumat yang tepat, terperinci serta jelas dan bertanggungjawab terutamanya untuk mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk pelbagai kaum di negara ini. Dalam masyarakat moden hari ini penyiaran terutama TV cukup penting sekali sebagai penyampai maklumat, apatah lagi yang berbentuk siaran langsung kepada rakyat. Hari ini dengan adanya stesen TV swasta limpahan maklumat semakin berkembang kepada rakyat dan ini boleh menjayakan usaha-usaha Kerajaan membentuk masyarakat yang bermaklumat.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PELANCARAN PERKHIDMATAN TV MALAYSIA DI SABAH-Tarikh Peristiwa pada 28-12-1971

Pada hari ini 28.12.1971, TV Malaysia Sabah telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun. Rancangan untuk mengadakan Siaran TV di Sabah ini bermula sejak tahun 1964 lagi. Dengan bantuan seorang pakar dari Canada, Encik G.F.Brickenden, satu laporan telah dikemukakan pada pihak berkuasa. Sebaik saja mendapat kelulusan, kerja-kerja melengkapkan studio untuk siaran TV dimulakan. Alat-alat seperti pita video, mesin penayang selaid, mesin Taliseni juga dipesan dari luar negeri. Pembinaan pusat-pusat pemancar juga dipergiatkan. Pada 1.1.1969, Pusat Pemancar Lava Mandau telah siap dibina. Dengan itu pada 8.2.1971, siaran percubaan dimulakan iaitu pada tiap-tiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat dari pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam. Siaran percubaan ini dilanjutkan lagi menjadi 7 jam seminggu mulai bulan April 1971. Apabila pusat-pusat pemancar di Layang-layang, Sandakan, Kudat dan Tawau siap dan setelah didapati siaran percubaan adalah memuaskan, maka pada hari ini dalam tahun 1971, TV Malaysia Sabah memulakan siaran dengan sepenuhnya. Siaran TV di Sabah ini di perluaskan lagi apabila Siaran Nasional dari Angkasapuri, Kuala Lumpur dimulakan pada 30.8.1975. Dengan adanya Siaran Nasional ini, TV Malaysia Sabah ditukar namanya menjadi TV Malaysia Rangkaian Ketiga. Masa Siaran bagi Rangkaian Ketiga ini ialah dari pukul 6.00 petang hingga pukul 7.58 malam tiap-tiap hari. Siaran TV warna bagi Rangkaian Ketiga ini pula dilancarkan pada 31hb. Ogos 1980. Sebanyak 50 peratus rancangan adalah dalam bentuk warna. Di antaranya ialah berita, rancangan-rancangan yang bercorak pengetahuan dan pendidikan, rancangan kanak-kanak dan rancangan hiburan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register