BTC USD 83,836.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah - 02/12

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA ISTIMEWA IKTISAD MELAYU-Tarikh Peristiwa pada 02-12-1952

Pada hari ini dalam tahun 1952, Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Istimewa Iktisad Melayu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak Datuk Panglima Bukit Gantang, telah diadakan di Kuala Lumpur. Tujuan pembentukan jawatankuasa tersebut adalah untuk menyiasat tentang kelemahan orang-orang Melayu di bidang ekonomi. Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, Jeneral Sir Gerald Templer, telah melantik ahli-ahli Jawatankuasa Istimewa Iktisad Melayu untuk mengkaji ekonomi orang-orang Melayu. Jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang dianggotai oleh tujuh orang ahli jawatankuasa. Antaranya ialah Ungku Abdul Aziz, Datuk Thuraisangam, Tengku Yaakob, Datuk Mahmud bin Mat dan Datuk Onn Jaafar. Datuk Panglima Bukit Gantang telah membuat kenyataan akhbar meminta dan merayu pakar-pakar ekonomi supaya memberikan cadangan, syor dan pandangan mereka kepada jawatankuasa tersebut. Cadangan tersebut adalah berkaitan perkara orang-orang Melayu yang tidak berpeluang melibatkan diri sepenuhnya dalam lapangan ekonomi dan perniagaan. Sesungguhnya, mesyuarat tersebut telah memberi peluang kepada orang Melayu untuk memberi cadangan di samping meninggikan iktisad orang-orang Melayu bagi mewujudkan bangsa Tanah Melayu yang bersatu.
 
PUSAT LATIHAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA SABAH DITUBUHKAN-Tarikh Peristiwa pada 02-12-1972

Penyertaan masyarakat Malaysia di bidang perniagaan masih lagi berkurangan terutama bagi kaum bumiputera, walaupun pelbagai usaha telah dijalankan. Bagi Kerajaan Sabah, usaha-usaha telah dijalankan bagi mewujudkan peluang kepada golongan muda terutamanya mempelajari kemahiran dalam bidang perniagaan. Usaha-usaha di bidang ini dapat dilihat dari kesungguhan Kerajaan Negeri Sabah apabila pada 2.12.1972 Kementerian Pembangunan Perusahaan Negeri telah menubuhkan Pusat Latihan Bumiputera di bidang perniagaan. Pusat Latihan ini terletak di Jalan Petagas Tanjung Aru, buat pertama kali telah mengambil pelajar seramai 52 orang. Antara kursus-kursus yang dijalankan di Pusat Latihan ini ialah Menyimpan Kira-kira, Kira-kira Perniagaan, Pembelian/Pemasaran, Penjualan, Pengurusan Kedai/ Pejabat dan Kemahiran di bidang perniagaan. Dengan kata lain perkara-perkara yang berkaitan dalam bidang perniagaan diajar di pusat ini. Dengan adanya usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri ini akan dapat menambahkan lagi rakyat menceburi bidang perniagaan. Usaha-usaha pusat ini patut menjadi contoh kepada kerajaan negeri-negeri lain bagi memajukan bumiputra.
 
PENUBUHAN INSTITUT PENGAJIAN STRATEGI DI KUALA LUMPUR-Tarikh Peristiwa pada 02-12-1982

Bidang penyelidikan memainkan peranan yang penting kepada negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Menyedari hakikat ini, pelbagai pusat penyelidikan telah ditubuhkan di negara ini. Pada hari ini 2.12.1982, kabinet telah meluluskan Institut Pengajian Strategi di Kuala Lumpur. Pengumuman penubuhan Institut Pengajian Strategik ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika menyampaikan diploma Maktab Tentera Angkatan Tentera. Institut ini akan dipengerusikan oleh Tun Hussein Onn bekas Perdana Menteri Malaysia. Tujuan penubuhan Institut ini ialah untuk mengkaji pergolakan dan perkembangan politik serta ekonomi dunia. Hasil daripada kajian Institut ini akan dijadikan landasan kepada pembentukan dasar di negara ini. Diharap dengan adanya Institut Strategik ini, akan melahirkan pelbagai dasar yang akan menjadikan negara ini setanding dengan negara-negara maju yang lain serta dapat menyesuaikan keperluan-keperluan semasa negara.
 
PERASMIAN 'STESEN JANAELEKTRIK PASIR GUDANG'-Tarikh Peristiwa pada 02-12-1982

Pada hari ini 2.12.1982, stesen janaelektrik di Pasir Gudang, Johor telah dibuka dengan rasminya oleh Baginda Sultan Johor, Sultan Iskandar Shah. Turut hadir di majlis perasmian tersebut ialah Menteri Tenaga, Telekom dan Pos Y.B. Datuk Leo Moggie, Menteri Besar Johor dan orang-orang Kenamaan Negeri. Stesen janaelektrik yang berharga $372 juta tersebut merupakan yang terbesar di negara ini dibina di atas tapak seluas 23.8 hektar dan boleh mengeluarkan 840 mega watt kuasa. Dalam titahnya baginda berharap dengan adanya stesen janaelektrik tersebut, usaha untuk mempercepatkan dan mempergiatkan lagi pembangunan di Negeri Johor bagi faedah rakyatnya. Bersempena dengan perasmian stesen tersebut, Baginda telah berkenan untuk perasmian stesen dengan nama baginda iaitu Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar. Terdahulu dari itu, Menteri Tenaga, Telekom dan Pos Y.B. Datuk Leo Moggie dalam upacaranya mengumumkan bahawa telah dipilih sebagai 'focal country' bagi program penyambungan sistem pembekalan elektrik di antara negara-negara ASEAN. Dengan pembinaan Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar di Pasir Gudang ini Lembaga Letrik Negara tidak perlu lagi mengimport tenaga elektrik dari Singapura melalui kerjasama penyambungan sistem 'Gid ASEAN' bagi menampung keperluan tenaga yang sentiasa bertambah khasnya di Negeri Johor.
 
Back
Top
Log in Register