eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA ISTIMEWA IKTISAD MELAYU-Tarikh Peristiwa pada 02-12-1952
Pada hari ini dalam tahun 1952, Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Istimewa Iktisad Melayu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak Datuk Panglima Bukit Gantang, telah diadakan di Kuala Lumpur. Tujuan pembentukan jawatankuasa tersebut adalah untuk menyiasat tentang kelemahan orang-orang Melayu di bidang ekonomi. Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, Jeneral Sir Gerald Templer, telah melantik ahli-ahli Jawatankuasa Istimewa Iktisad Melayu untuk mengkaji ekonomi orang-orang Melayu. Jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang dianggotai oleh tujuh orang ahli jawatankuasa. Antaranya ialah Ungku Abdul Aziz, Datuk Thuraisangam, Tengku Yaakob, Datuk Mahmud bin Mat dan Datuk Onn Jaafar. Datuk Panglima Bukit Gantang telah membuat kenyataan akhbar meminta dan merayu pakar-pakar ekonomi supaya memberikan cadangan, syor dan pandangan mereka kepada jawatankuasa tersebut. Cadangan tersebut adalah berkaitan perkara orang-orang Melayu yang tidak berpeluang melibatkan diri sepenuhnya dalam lapangan ekonomi dan perniagaan. Sesungguhnya, mesyuarat tersebut telah memberi peluang kepada orang Melayu untuk memberi cadangan di samping meninggikan iktisad orang-orang Melayu bagi mewujudkan bangsa Tanah Melayu yang bersatu.