BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hampir 1,000 Komuniti Setempat Sertai Program Sentuhan Kasih UKM@Johor

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Hampir 1,000 Komuniti Setempat Sertai Program Sentuhan Kasih UKM@Johor​

3f22918eeed5c86a29a106456778cbdb6a41e175a4815

27a4a6d3f50d585cc4feaf238aa5c0656a41e18dbaa09

4a47540abf1a3bf4279cd2419b1997f06a41e1a68ce2a

432b25be9fd3f3b652ec758be1f2854b6a41e1bced022

Kredit: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Hampir 1,000 komuniti setempat menyertai Program Sentuhan Kasih UKM@Johor anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) bagi mengeratkan hubungan antara universiti dan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

UKM dalam kenyataan memaklumkan program dua hari bermula Sabtu lepas bertemakan “Dari Kampus ke Komuniti, Menyebar Kasih dan Bakti” diadakan di Kota Masai, Pasir Gudang serta Kampung Baru Sri Aman dan Rangkaian di Skudai, Johor dengan penyertaan 78 warga UKM.

Pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk gotong-royong, ziarah kasih, saringan minda sihat dan sukan bersama-sama komuniti selain diserikan dengan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang turut menyantuni komuniti setempat.

Pengarah HEP-UKM merangkap Pengerusi Program Sentuhan Kasih UKM@Johor Profesor Madya Dr Darfizzi Derawi berkata penglibatan mahasiswa dalam program seperti itu memberi peluang kepada mereka memperoleh pengalaman berinteraksi dengan masyarakat di luar persekitaran kampus.

“Universiti tidak sepatutnya hanya berada dalam lingkungan kampus. Kita perlu turun padang dan mendekati masyarakat. Apabila bergaul dengan komuniti luar, kita belajar menyesuaikan diri, berkomunikasi dengan lebih baik serta meningkatkan kemahiran insaniah yang sukar diperoleh hanya melalui kuliah,” katanya.

Beliau berkata Program Sentuhan Kasih itu akan diteruskan di negeri lain dari semasa ke semasa sebagai usaha memperluas jaringan komuniti universiti.

Sementara itu, Ketua Komuniti Zon Kota Delima Herman Ismadi Ismail berkata program itu memberi peluang kepada penduduk mengenali UKM dengan lebih dekat serta mengetahui pelbagai peluang dan inisiatif yang ditawarkan universiti.

Delima berkata walaupun kira-kira 80 peratus penduduk di kawasan itu warga industri yang bekerja pada hujung minggu, sambutan tetap menggalakkan apabila komuniti hadir dan memberikan kerjasama yang baik.

Dalam program sama, UKM turut menyantuni tujuh keluarga mahasiswa di sekitar Tiram dan Puteri Wangsa, Johor.

 
Back
Top
Log in Register