AkuMamak
Active Member
- Messages
- 1,448
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 1,448
- Reaction score
- 795
- Points
- 71
Tamat sudah riwayat hakim pengampu ini akhirnye ... orang tua aku kenai dia dengan famili dia ni ... sama je ..pengampu ...
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


KUALA LUMPUR 2 Jan — Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul meninggal dunia hari ini akibat penyakit kronik yang dideritainya sejak beberapa lama.
Beliau berumur 65 tahun.
Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Seri Dr Mary Paul dan dua anak iaitu Dr Juliana Sharmini, 29, dan Alan John, 27.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 2.45 petang di Hospital Selayang, kata menantunya Robert Devan, 37.
Keranda yang membawa jenazahnya akan berlepas dari kediamannya di No. 16, Lorong Taman Pantai 7, Bangsar, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang Ahad ini ke Parish of St Peter di No. 441, Seksyen 96A, Jalan Changkat Riong bagi upacara pengebumian pada 2.30 petang.
Augustine, lulusan Barrister-at-Law dari Inner Temple, England, memulakan kerjaya beliau pada 1971 sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan kemudiannya sebagai majistret di Ipoh, Perak.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Temerloh, Pahang, Melaka dan Pulau Pinang dan merupakan pengerusi jawatankuasa khas mengenai percukaian sebelum dilantik Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mei, 1998.

Satu kehilangan besar bagi sistem kehakiman negara![]()
Salam...taakziah