BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Hakim Besar Malaya Siti Norma Yaakob Meninggal Dunia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
578c8d819a6ce67d20794f7c766ad12a69b3c694dedd7

Tan Sri Siti Norma Yaakob

Bekas Hakim Besar Malaya dan wanita pertama yang memegang jawatan itu, Tan Sri Siti Norma Yaakob, meninggal dunia di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital di sini, petang tadi.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Perkara itu disahkan anaknya Meor Amri Meor Ayob, 56, ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 1.51 petang akibat pneumonia.

Siti Norma dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 6 Julai 1940 dan turut mencatat sejarah sebagai wanita pertama di negara ini yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan serta Hakim Mahkamah Persekutuan.

Allahyarham juga merupakan hakim wanita pertama dari Malaysia yang dilantik menyertai Mahkamah Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) pada 2008.

Berita lanjut menyusul.

 
Back
Top
Log in Register