BTC USD 84,657.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis mengenai kucing

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
- Nabi memelihara kucing yang diberi nama 'Mueeza'.
Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.

Pernah ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, Muezza sedang tidur di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.

Kisah di atas adalah palsu. Tidak ditemukan sanad riwayat yang memadai untuk diselidiki keshahihan dan kelemahannya.


- Riwayat yang shahih atau minimal hasan mengenai kucing peliharaan adalah apa yang diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidziy rahimahullah dengan sanad yang mauquuf hingga Abu Hurairah radhiyallaahu 'anhu :

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Sa'iid Al-Muraabithiy, telah menceritakan kepada kami Rauh bin 'Ubaadah, telah menceritakan kepada kami Usaamah bin Zaid, dari 'Abdullaah bin Raafi', ia berkata, aku bertanya kepada Abu Hurairah, "Mengapa engkau digelar Abu Hurairah?"

Abu Hurairah berkata, "Aku dahulu bekerja menggembala kambing dan di sisiku ada seekor kucing kecil (Hurairah). Lalu ketika malam tiba aku meletakannya di sebatang pohon, jika hari telah siang aku pergi ke pohon itu dan aku bermain-main dengannya, maka aku diberi gelaran Abu Hurairah (bapaknya si kucing kecil)
."
[Jaami' At-Tirmidziy no. 3805]


- Dari Abu Qotadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita. ”

(HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shohih)


Info tambahan:
10520711_720213591359517_3829604949113940396_n.jpg



sumber http://aminbenahmed.blogspot.com/2014/02/shohihkah-hadist-mengenai-kucing.html
 
Last edited:
hebat sungguh purring kucen ni...

xsilap aku ada hospital luar negara ada terapi binatang peliharaan. salah satunya kucing. setiap pesakit diberi binatang peliharaan yg disukai utk dibelai :)
 
hari ini aku tak berapa sihat ..so sementara kat rumah ni aku bermain2 dengan kucen2 aku .. dah baca yang TT share ni buat aku nak sambung balik lepas solat ni ..
 
cerita pasal Baginda gunting baju sbb kucing tidur atas baju Baginda tu palsu ke?aku dgr ustaz cerita dlm ceramah pasal kisah ni.kalau x sahih, x kan boleh cerita..
tp pada aku,Baginda Nabi Muhammad mmg penuh dgn sifat terpuji.so,cerita2 yg baik pasal baginda,kita jadikan je sbg panduan.
 
aku x suke bela kucing sebab aku jenis x bertanggung jawab takut mati kering x makan minum kalau aku terlupa & aku x suka bulu dia.. cuma yang aku mampu hari2 bagi makan minum kt stray cat.. kadang2 mandikan ala kadar.. cuma sakit hati jugak bila ada yang kencing berak depan rumah.. xpe boleh buat baja pokok.. anjing pon aku bagi makan kalau dia join kucing2 tu depan pagar rumah.. yang lawaknye 3-4 kucing jiran aku pon join stray cat tu makan mandi depan rumah aku.. tuan dia balik kerja pukul 7.. boring dalam sangkar kot..
 
Back
Top
Log in Register