Dari Abul Abbas iaitu Sahl bin Sa'ad as-
Sa'idi r.a . bahawasanya Rasulullah
s.a.w. bersabda pada hari perang
Khaibar: "Nescayalah saya akan
memberikan bendera ini esok hari
kepada seseorang yang Allah akan
memberikan kemenangan di atas kedua
tangannya. Ia mencintai Allah dan
RasulNya dan ia juga dicintai Allah dan
RasulNya."
Malam harinya orang-orang (para
sahabat )bercakap-cakap dan
berbisik-bisik, siapa di antara mereka
yang akan diberi bendera itu. Setelah
pagi hari menjelma, orang-orang sama
pergi ke tempat Rasulullah s.a.w.
semuanya mengharapkan agar supaya
bendera itu diberikan padanya.
Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Di
manakah Ali bin Abu Thalib?" Kepada
beliau dikatakan: "Ya Rasulullah, ia
sakit kedua matanya." Beliau bersabda
lagi: "Bawalah ia ke mari." Ali
didatangkan di hadapan beliau s.a.w.
kemudian Rasulullah s.a.w. berludah ke
kedua matanya dan mendoakan untuk
kesembuhannya, lalu ia pun sembuhlah
- kedua matanya, seolah-olah tidak
pernah sakit sebelumnya. Selanjutnya
beliau s.a.w. memberikan bendera itu
padanya. Ali r.a. berkata: "Ya
Rasulullah, apakah saya wajib
memerangi mereka hingga mereka
menjadi seperti kita semua
(masuk Islam)?" Beliau s.a.w. menjawab:
"Berjalanlah perlahan-lahan (tidak
tergesa-gesa), sehingga engkau datang di
halaman perkampungan mereka.
Kemudian ajaklah mereka itu untuk
masuk Islam dan beritahukanlah
kepada mereka apa-apa yang wajib atas
diri mereka dari hak-haknya Allah
Ta'ala yang perlu dipenuhi. Demi Allah,
nescayalah jikalau Allah memberikan
petunjuk dengan sebab usahamu akan
seseorang - satu orang saja, maka hal itu
lebih baik bagimu daripada memiliki
unta-unta yang merah-merah - kiasan
harta yang amat dicintai oleh bangsa
Arab."
(Muttafaq 'alaih)