BTC USD 83,534.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Abu Hurairah juga
meriwayatkan Rasulullah s.a.w.
berkata, : "Ibu Quran adalah
surah al-fatihah, yang
disebut sab'ul
matsani."

(Hadith Riwayat Bukhari.)
 
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya telah
diturunkan kepadaku pada
waktu malam sebuah Surah yg
aku cintai lebih dari dunia ini
dan isinya.” Pada riwayat yang
lain, “yang lebih aku cintai
daripada apa yang disinari oleh
cahaya matahari.” Dan
kemudian baginda membaca:
“Innaa fatahnaa laka fatham
mubiinaa (ayat pertama Surah
al-Fath).”

( Riwayat Bukhari)
 
Hiasilah al-Qur'an dgn
suaramu. Sesungguhnya suara
yg bagus dpt menjadikan al-
Qur'an bertambah indah"

(riwayat Bukhari)
 
Orang yang paling menyesal
pada hari Kiamat adalah orang
yang memperoleh harta dari
sumber tidak halal lalu
menyebabkannya masuk
neraka."

[riwayat Bukhari]
 
Bersedekahlah dan jangan lama
disimpan dan ditahan. Sebab
Allah akan menahan (kurnia-
Nya) untukmu.

[riwayat Bukhari]
 
"Ucapan yg baik merupakan
sedekah dan setiap langkah yg
diayunkan menuju solat
(berjemaah) merupakan
sedekah."

(riwayat Bukhari)
 
"Sesungguhnya sedekah
seseorang walau hanya sesuap,
akan dikembang biakkan
olehNya seperti gunung, maka
bersedekahlah."

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Sabda Nabi s.a.w: “Sedekah yg
paling afdhal (baik) adalah
sedekah yang dikeluarkan
dalam bulan Ramadan.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
 
"Batas pemisah di antara
seseorang dengan kekafiran
adalah meninggalkan solat"

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Diriwayatkan daripada Ibnu
Umar r.a beliau mengatakan
bahawa Rasulullah s.a.w
pernah bersabda:”Orang yang
luput solat Asarnya samalah
ertinya dia telah kehilangan
keluarga dan harta
kekayaannya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register