BTC USD 83,863.4 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Diriwayatkan daripada Abu Said al-
Khudri r.a :” Rasulullah SAW
bersabda yang maksudnya:”
Apabila seseorang memeluk agama
Islam dengan ikhlas, Allah akan
mengampunkan semua dosa-
dosanya di masa lalu. Kemudian
setelah itu mulai diadakan
perhitungan, pahala untuk setiap
perbuatan baik yang dilakukannya
dilipat gandakan sepuluh sampai
tujuh ratus kali ganda sedangkan
setiap dosa yang dilakukannya
akan dicatat sebanyak dosa yang
dilakukannya kecuali apabila Allah
mengampunkannya.”

(riwayat Bukhari)
 
“Jujurlah kerana sesungguhnya
kejujuran menunjukkan kepada
kebaikan dan kebaikan
menunjukan kepada
syurga."

(riwayat Bukhari)
 
Hendaklah kamu bermohon
dengan kesungguhan hati
sebab Allah berbuat segala apa
yang dikehendakiNya.

(riwayat Bukhari)
 
Dan tidak ada ganjaran lain
bagi haji mabrur (haji yang
baik) selain syurga."

(riwayat Bukhari, Muslim, Tirmdizi,
Nasai, Ibnu Majah, Ahmad dan
Malik]
 
Abdullah ibn Masud pernah
bertanya kepada nabi s.a.w,
“Apakah amalan yang paling
Allah sukai?” Baginda
menjawab, “Solat tepat pada
waktunya.” Abdullah ibn Masud
bertanya lagi, “Kemudian apa?”
Baginda menjawab, “Melakukan
kebaikan kepada kedua-dua ibu
bapa.” Abdullah bertanya lagi,
“Kemudian apa?” Nabi
menjawab, “Jihad kerana agama
Allah.”

(Sahih Bukhari dan Muslim)
 
Dari ‘Aisyah r.a, dari nabi s.a.w
beliau bersabda:”Orang yang
paling dibenci Allah adalah
orang yang paling suka
bermusuhan.”

[riwayat Bukhari]
 
"Sebaik-baik manusia di
antaramu adalah yang paling
banyak manfaatnya bagi orang
lain."

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
"Seorang mukmin adalah
cermin bagi mukmin lainnya.
Apabila melihat aib padanya
dia segera
memperbaikinya."

(riwayat Bukhari)
 
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hendaklah kamu bersopan
santun dan janganlah kamu
kasar atau berkata
keji."

(riwayat Bukhari).
 
Daripada Abu Said al-Khudri
r.a. katanya, Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Tidak seorang pun
daripada hamba Allah yang
berpuasa sehari dengan niat
kerana Allah, melainkan akan
Allah jauhkan mukanya
daripada kepanasan api neraka
sejauh perjalanan tujuh puluh
tahun lamanya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register