Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Ketika
isteri-isteri Rasulullah saw sedang
berkerumun di sisi Rasulullah
saw, tiba-tiba datang Siti
Fatimah yang jalannya cepat
seperti jalannya Rasulullah
saw. Ketika Rasulullah saw
melihat kepadanya, maka dia
disambut dengan ucapan,
“Selamat datang anakku,”
kemudian dia didudukkan di
sebelah kanan atau kirinya, lalu
dibisikkan kepadanya. Tiba-tiba
dia (fatimah) menangis tersedu-sedu dan
ketika Rasulullah saw melihat
tangisnya, baginda berbisik
kembali kepadanya, lalu
tertawalah Fatimah. Maka aku
berkata, “Rasulullah saw
mengistimewakan dengan
rahsia-rahsia atas Fatimah
lebih dari isteri-isterinya.”
Maka
menangislah aku dan ketika
Rasulullah saw telah pergi dari
tempat itu, aku bertanya
kepada Fatimah, “Apa yang
dikatakan Rasulullah saw tadi
kepadamu?”
Fatimah menjawab,
“Aku tidak akan membuka
rahsia Rasulullah saw.”
Kemudian setelah Rasulullah
saw meninggal, aku berkata,
“Sungguh aku ingin mendapat
keterangan tentang apa yang
dibisikkan oleh Rasulullah saw
kepadamu itu.”
Fatimah
menjawab, “Kini baiklah.
Pada
bisikan pertama Nabi saw
memberitahukan bahawa Jibril
biasa mengulangi padanya
bacaan al-Qur’an setiap tahun
satu kali dan kini dia
mengulanginya sampai dua
kali, ‘Aku merasa bahawa ajalku
sudah dekat, maka bertakwalah
kamu kepada Allah dan
sabarlah.
Aku adalah sebaik-
baik orang yang mendahului
kamu,’ kerana itu aku
menangis.
Kemudian ketika
baginda melihat aku sangat
sedih, baginda membisikkan
kepadaku untuk kali kedua,
‘Hai Fatimah, tidak puaskah
engkau sebagai wanita yang
utama bagi sekalian Mu’min
atau wanita yang utama dari
sekalian umat ini? Maka
tertawalah aku kerananya.”
(riwayat Bukhari dan Muslim)