BTC USD 81,559.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Hakam berkata, "Sesungguhnya,
aku menyembelih binatang
sedangkan aku dalam keadaan
junub dan Allah telah berfirman,
'Dan, janganlah kamu memakan
makanan yang tidak disebut nama
Allah (sewaktu
menyembelihnya).'"

(riwayat Bukhari)
 
Asma' binti Abu Bakar
berkata, "Seorang wanita bertanya
kepada Rasulullah saw., Wahai
Rasulullah, bagaimanakah caranya
apabila pakaian salah seorang dari
kami terkena darah haid, apakah
yang harus ia perbuat?' Rasulullah
saw. bersabda, 'Apabila pakaian
salah seorang dari kamu terkena
darah haid, gosoklah darah itu
kemudian bersihkanlah dengan air.
Setelah itu, kamu boleh shalat
dengan memakai pakaianmu
itu.'" (Dalam satu riwayat:
gosoklah, kemudian hendaklah ia
siram dengan air dan bolehlah ia
shalat dengannya.)

(riwayat Bukhari)
 
Aisyah berkata, 'Tak seorang
pun di antara kami yang
mempunyai lebih dari satu pakaian
yang juga kami pakai ketika kami
sedang haid. Kerana itu, apabila ia
terkena sesuatu dari darah
haidnya, ia menghilangkan kotoran
itu dengan ludahnya kemudian
menggosok-gosoknya dengan
kukunya."

(riwayat Bukhari)
 
Aisyah r.a. berkata, "Seorang
wanita [dari Anshar] bertanya
kepada Nabi Muhammad saw
tentang cara dia mandi dari haid.

Baginda lalu memerintahkan
kepadanya bagaimana ia mandi.

Baginda bersabda, 'Ambillah
sepotong kain yang diberi kasturi
lalu bersucilah kamu dengannya
[(tiga kali).' Nabi Muhammad saw
merasa malu, lalu baginda
memalingkan wajahnya,baginda bersabda ,'atau berwudhulah '

Dia (wanita itu) bertanya, 'Bagaimana
aku bersuci dengannya?'

Baginda bersabda, 'Mahasuci Allah,
bersucilah!'"

Aisyah berkata, "Aku
mengerti apa yang dimaksudkan
oleh Rasulullah saw., maka
aku menariknya ke arahku, lalu aku
katakan, 'Telusurilah dengan
minyak harum pada bekas darah.'"

(riwayat Bukhari)
 
Dari Nu'man Bin Basyir r.a
bahawa ia pernah mendengar
Rasulullah SAW bersabda :
"Perkara yang halal dan yang
haram telah jelas. Antara
keduanya ada beberapa
perkara yang diragukan
(syubhah ), yang tidak
diketahui (hukumnya) oleh
kebanyakan orang.

Barangsiapa (yang) menjauhi
perkara-perkara yang
diragukan itu bererti dia
memelihara agama dan
kesopanannya.

Barangsiapa mengerjakan perkara yang
diragukan sama (seperti)
gembala yang mengembala
ternaknya di pinggir jurang,
dikhuatirkan dia (akan)
terjatuh ke dalamnya.

Ketahuilah semua raja
mempunyai larangan.
Ketahuilah pula, larangan
Allah ialah segala yang
diharamkan-Nya.

Ketahuilah di dalam tubuh (manusia)
ada segumpal daging. Apabila
daging itu baik maka baik
pulalah tubuh itu semuanya.

Dan apabila daging itu rosak
maka binasalah pula tubuh
itu seluruhnya. Ketahuilah
daging itu ialah jantung.
(hati.)"

{Hadith Riwayat Imam
Bukhari, Shahih Bukhari
Hadith No-43**
 
Dari Abdullah Bin Amr
katanya : "Nabi SAW terlewat
di dalam satu perjalanan
yang kami lakukan bersama
baginda SAW. Ketika baginda
menyusul kami waktu solat
telah tiba dan kami sedang
berwudhuk. Ternyata kami
kurang sempurna mencuci
kaki. Agaknya baginda SAW
sedang memerhati kami lalu
baginda bersabda :

"Celakalah tumit-tumit yang
terbakar (oleh) api Neraka ."
Ucapan itu baginda ulangi
dua atau tiga kali berulang-
ulang."

{Hadith Riwayat Imam
Bukhari, Shahih Bukhari
Hadith No : 50**
 
Dari Abu Hurairah r.a
katanya : "Pada suatu hari
Rasulullah SAW duduk
bersama-sama jemaah, tiba-
tiba datang kepadanya
seorang lelaki (lalu)
bertanya :

"Apakah ertinya Iman ?"

Jawab Rasulullah SAW :
"Iman ialah percaya kepada
Allah, kepada malaikat-Nya,
kepada rasul-Nya, dan kepada
hari berbangkit (hari
akhirat)."

Tanya orang itu lagi : "Apakah
ertinya Islam?"

Rasulullah SAW menjawab :
"Islam ialah menyembah
Allah dan tidak
mempersekutukan-Nya,
mendirikan solat, membayar
zakat dan puasa di bulan
Ramadhan. "

Lelaki itu bertanya lagi :
"Apakah ertinya Ihsan?"

Rasulullah SAW menjawab :
"Ihsan ialah menyembah
Allah seolah-olah engkau
melihat Dia. Biarpun engkau
tidak (dapat ) melihat-Nya
maka sesungguhnya Dia
melihat engkau."

Tanya lelaki itu lagi : "Bilakah
hari kiamat?"
Rasulullah SAW menjawab :
"Orang yang ditanya
(Rasulullah) tidak lebih tahu
dari orang yang menanya.

Tapi akan kuterangkan tanda-
tandanya :

1.Apabila budak perempuan
melahirkan majikannya.

2.Apabila gembala unta telah
bermegah-megah dalam
gedung yang indah (mewah).

Dan kiamat itu salah satu
dari lima rahsia yang hanya
Allah mengetahui-Nya. Lalu
Rasulullah SAW membaca
Surah Luqman 31:34.
Setelah itu orang lelaki itu
pergi.

Maka Rasulullah SAW
bersabda : "Panggilah dia
kembali!" Tetapi mereka
(jemaah) tidak nampak lelaki
itu lagi.

Rasulullah SAW
bersabda : "Itulah Jibril, dia
mengajarkan agama kepada
umat manusia."

{Hadith Riwayat Imam
Bukhari, Shahih Bukhari
Hadith No-42**
 
Dari Abu Hurairah r.a, katanya :
"Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa menziarah jenazah
Orang Muslim kerana iman dan
lkhlas serta turut solat jenazah
bersama-sama dan menguruskan
pengkebumiannya sampai selesai
maka orang itu pulang membawa
pahala dua qirat (satu qirat kira-
kira sebesar Bukit Uhud).

Dan siapa yang hanya mengikuti solat
jenazah sahaja kemudian dia
pulang sebelum pengkebumian
maka orang itu pulang membawa
pahala satu qirat."

{Hadith Riwayat Imam Bukhari,
Shahih Bukhari Hadith No:39**
 
Dari Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah saw bersabda,
“Neraka tertutup oleh berbagai
syahwat dan hawa nafsu
sedangkan surga tertutup oleh
berbagai kesukaran dan
keberatan.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari ‘Aisyah r.a. berkata:
Rasulullah saw bersabda,
“Siapa yang mengambil hak
orang lain walau sejengkal
tanah akan dikalungkan hingga
tujuh petala bumi.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register