BTC USD 81,240.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “ Kamu lebih
mengetahui tentang urusan
keduniaan kamu sendiri.”,

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Rasulullah saw. Bersabda
bermaksud: “Tidak boleh iri hati
melainkan dalam dua perkara iaitu:

Seseorang yang telah dikurniakan
Allah harta lalu dibelanjakan
hartanya itu kejalan yang benar
(yang diredhai oleh Allah) dan orang
yang dikurniakan oleh Allah ilmu
pengetahuan, lalu ia mengeluarkan
sesuatu hukum berpandukan
ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta
diajarkannya pula kepada orang
lain”.,

(Riwayat Hadith al-Bukhari)
 
Urwah pernah ditanya orang,
"Bolehkah wanita haid melayaniku
dan bolehkah wanita junub
mendekatiku?" Urwah berkata,
"Semuanya boleh bagiku, semuanya
boleh melayaniku, dan tiada
celanya. Aisyah telah
menceriterakan kepadaku bahwa
dia pernah menyisir rambut
Rasulullah saw ketika dia sedang
haid, padahal ketika itu Rasulullah
saw sedang i'tikaf di masjid; beliau
mendekatkan kepalanya kepadanya
(Aisyah) dan dia (Aisyah) ada di
dalam kamarnya, lalu ia menyisir
beliau, padahal ia sedang haid."

(riwayat Bukhari)
 
Aisyah r.a. berkata, "Nabi
Muhammad saw. bersandar di
pangkuan aku, padahal aku sedang
haid, kemudian beliau membaca
Al-Qur'an."

(riwayat Bukhari)
 
Ummu Salamah berkata,
"Ketika aku bersama Nabi
Muhammad saw. tidur-tiduran di
kain hitam persegi empat (dalam
satu riwayat: di lantai 1/83), tiba-
tiba aku haid, lalu aku keluar dan
mengambil pakaian haidku, lalu
beliau bertanya, '[Mengapa kamu?,dalam satu riwayat 2/233] Apakah kamu nifas?'

Aku menjawab, 'Ya.'

Beliau lalu
memanggilku, lalu aku tidur
bersama beliau di lantai yang
rendah." [Ummu Salamah biasa
mandi bersama Rasulullah saw dari
satu bejana dan beliau suka
menciumnya, padahal beliau
sedang berpuasa.]

(riwayat Bukhari)
 
Aisyah berkata, "Salah seorang
di antara kami apabila haid dan
Nabi Muhammad saw ingin
memeluknya, beliau menyuruhnya
untuk berkain pada saat haidnya,
kemudian beliau memeluknya"
Aisyah berkata, "Siapakah
diantaramu yang dapat
mengendalikan syahwat nya
sebagaimana Nabi Muhammad saw
mengendalikan syahwat beliau?"

(riwayat Bukhari)
 
Maimunah berkata, "Apabila
Rasulullah saw ingin menggauli
(memeluk) seseorang di antara
isteri-isterinya yang sedang haid,
beliau menyuruhnya supaya
memakai izar (kain)."

(riwayat Bukhari)
 
Ummu Athiyyah mengatakan, "Kami
(para wanita) diperintahkan agar
orang-orang yang dalam keadaan
haid dari golongan kami
mengucapkan takbir hari raya
sebagaimana takbirnya kaum lelaki
dan berdoa."

(riwayat Bukhari)
 
Ibnu Abbas berkata, "Aku
diberitahu oleh Abu Sufyan
bahwasanya Heraklius meminta
surat Nabi Muhammad saw., lalu ia
membacanya, tiba-tiba di dalamnya
terdapat tulisan Bismillaahir-
rahmaanir-rahiim 'dengan nama
Allah Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang' dan ayat yaa
ahlal kitaabi ta'aalaw ilaa
kalimatin.... 'hai orang-orang ahli
kitab! Marilah sama-sama kita
berpegang pada kata yang sama
antara kami dan kamu yakni bahwa
tak ada yang kita sembah selain
Allah ....'."

(riwayat Bukhari)
 
Atha' berkata mengenai apa yang
diterimanya dari Jabir, yaitu,
"Aisyah haid dan dia melaksanakan
semua ibadah haji kecuali thawaf
sekitar Ka'bah dan tidak shalat."

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register