BTC USD 81,256.1 Gold USD 4,030.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Abu Hurairah ra., di mana Malaikat
Jibril bersoal jawab dengan Nabi :

“Apakah itu Ihsan? "

Baginda menjawab :
"Sesungguhnya kamu beribadat kepada
Allah seolah-olah kamu melihatnya,
walaupun kamu tidak melihatnya, akan
tetapi Allah melihat kamu”

[Riwayat Bukhari no. 50, Muslim]
 
Dari Aisyah r.a: "Nabi s.a.w selalu
beriktikaf pada 10 terakhir di bulan
Ramadhan sehingga diwafatkannya oleh
Allah kemudian diteruskan iktikaf (sunnah
nabi ) oleh para isterinya "

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
"Amal yang paling dicintai Allah adalah
yang terus menerus walaupun hanya
sedikit".

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah s.a.w bersabda: "“Sungguh,
Allah lebih gembira dengan taubat hamba-
Nya daripada kegembiraan salah seorang
dari kalian yang menemukan untanya
yang hilang di padang pasir.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Wajib atas kalian untuk jujur,kerana
kejujuran itu akan membimbing kepada
kebaikan & kebaikan itu akan membimbing
menuju syurga.

(riwayat Bukhari)
 
Sabda Rasulullah s.a.w: "Jauhilah kamu
makan dan minum yg berlebih-lebihan,
kerana yg demikian dapat merosak
kesihatan tubuh."

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w bersabda: "Tak akan
terjadi kiamat sehingga ada dua kelompok
yang saling berperang, dan keduanya
mengaku satu agama."

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
"Lakukanlah pekerjaan itu pada puncak
kemampuanmu."

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari ‘Aisyah r.a, dari nabi s.a.w beliau
bersabda:”Orang yang paling dibenci Allah
adalah orang yang paling suka
bermusuhan.”

[riwayat Bukhari]
 
Abu Burdah r.a berkata :"Rasulullah
mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan
Muaz ke Yaman, Nabi
berkata:”Mudahkanlah dan janganlah
kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan
jangan kamu menyusahkan dan berseia-
sekatalah kamu.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register