BTC USD 80,324.3 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w.
bersabda: "Sesiapa yang mengadakan
perkara baru yang tiada didalam agama
Islam, maka ia adalah ditolak."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w.
bersabda: "Wahai manusia lakukanlah
amalan mengikut keupayaan kamu.

Sesungguhnya Allah tidak jemu
sehinggalah kamu jemu. Amalan yang
paling Allah sukai ialah amalan yang
berterusan walaupun sedikit."

( Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi
s.a.w. bersabda: "Seorang itu adalah
bersama dengan orang yang ia kasihi"

( Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Tanda orang munafik ialah
membenci orang Ansar; tanda orang
mukmin ialah mengasihi orang Ansar."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Akulah penghulu manusia pada
hari Kiamat."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Aku diutuskan denagn
perkataan-perkataan yang ringkas dan
padat."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Jundub bin Sufyan r.a., Nabi
s.a.w. bersabda: "Aku mendahului kamu
tiba ke kolam di syurga."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Sekiranya kamu mengetahui
apa yang aku ketahui nescaya kamu
kurang ketawa dan banyak menangis."

( Riwayat Bukhari )
 
Daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
"Dijadikan untukku bumi sebagai masjid
(tempat sujud) yang suci."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Bagi setiap nabi terdapat doa
(yang telah dikabulkan di dunia) untuk
umatnya. Tetapi aku telah menyimpan
doaku sebagai syafaat untuk umatku pada
hari kiamat."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Back
Top
Log in Register