BTC USD 80,324.3 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa
yang Allah mahukan kebaikan untuknya,
nescaya Dia akan mengujinya dengan
kesusahan"

(Riwayat Bukhari)
 
Dari Aishah r.a. katanya Nabi s.a.w.
bersabda; "Tidak seorang yang
mengerjakan sembahyang pada waktu
malam lalu digagahi sehingga tertidur,
melainkan dituliskan baginya pahala
sembahyang dan tidurnya itu adalah
sedekah."

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a,
sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di
dalam Hadis Qudsi: Allah
s.w.t berfirman: "Tidak ada balasan kecuali
syurga bagi hambaku yang beriman yang
telah Aku ambil kembali kekasihnya

(Aku mematikan seseorang yang
disayanginya seperti anak, adik-beradik dan
sesiapa sahaja yang di sayangi oleh
seseorang) dari kalangan penghuni dunia
dan dia hanya mengharapkan pahala
daripadaKu (dengan bersabar). "

(riwayat Bukhari).
 
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar
Bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi
s.a.w bersabda: "Sesungguhnya semua
amalan perbuatan adalah dinilai mengikut
niatnya, sesiapa yang berhijrah kepada
Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai
mengikut niatnya menuju kepada Allah
dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah
untuk mendapatkan dunia atau wanita
untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai
mengikut tujuan hijrah itu."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w
bersabda: "Sesiapa yang sengaja membuat
pendustaan keatas ku maka sediakanlah
tempatnya di dalam neraka."

( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a.,
sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu
‘ayat’ dan ceritakanlah mengenai Bani
Israil. Tiada sebarang kesempitan dan
dosa.

( Riwayat Bukhari )
 
Daripada Mu’awiyah bin Abu Sufyan r.a.,
nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang Allah
mahukan kebaikan padanya nescaya Allah
memberikan kefahaman agama
kepadanya."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi
s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah
tidak mencabut (menghilangkan) ilmu
daripada manusia. Tetapi Allah mencabut
ilmu dengan roh (mematikan) para ulama.

Sehinggalah tiada lagi orang yang alim
(ulama) yang tinggal. Ketika itu manusia
akan melantik ketua mereka yang jahil.

Apabila orang menanyakan sesuatu,
mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas
ilmu. Maka, sesatlah mereka dan
menyesatkan orang lain."

( Riwayat Bukhari )
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: ‘Sesungguhnya agama adalah
mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-
lebihan dalam agama melainkan ia
dikalahkan. Perbetulkanlah, dekatkanlah
dan bergembiralah. Bantulah diri kamu
sendiri dengan beramal pada waktu
selepas subuh, selepas gelincir matahari
dan sebahagian malam"

( Riwayat Bukhari )
 
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Permudahkanlah, janganlah
menyusahkan, tenangkanlah dan
janganlah melakukan sesuatu yang
menyebabkan orang menjauhkan diri dari
kamu"

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Back
Top
Log in Register