BTC USD 80,465.2 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:” Tidak sempurna iman
seseorang dari kamu sehingga ia suka
saudaranya mendapat (kebaikan seperti)
apa yang ia sendiri suka mendapatnya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
“Daripada Abu Juhaifah r.a. katanya, Aku
telah melihat Bilal sedang Azan dan aku
memerhatikan mulutnya, kepalanya
kekanan dan kekiri dan dua jarinya
didalam telinganya”.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Tarmizi, beliau menganggap hadith ini panjang.

Hadith yang diriwayatkan oleh ibnu majah pula
menyebut, meletakkan dua jarinya
kedalam dua telinganya”

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud menyebut
“(Bilal) telah memalingkan tengkuknya
ketika menyebut “Haiya alassolah”
kekanan dan kekiri, tanpa berpusing
badannya”.

Asal hadith ini didalam soheh
al-Bukhari dan soheh muslim.”Dan
daripada Abu Mahzurah r.a. bahawa Nabi
s.a.w. perkenan suaranya lalu diajarkan
Azan kepadanya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abu Dzar r.a katanya:”Beberapa
orang sahabat Nabi SAW pernah berkata
kepada beliau,:”Kaum hartawan
memperolehi pahala yang lebih banyak.
Mereka solat seperti kami solat, puasa
seperti kami puasa dan bersedekah
dengan sisa harta mereka.” Jawab
Rasulullah SAW:”Bukankah Allah telah
menjadikan berbagai macam cara untuk
kamu bersedekah?

Setiap kalimah tasbih adalah sedekah;

setiap kalimah takbir adalah sedekah;

setiap kalimah tahmid adalah sedekah;

setiap kalimah tahlil adalah sedekah;

amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar)
adalah sedekah;

bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur
sedekah.”

Mereka bertanya:”Kalau
begitu, adakah kami mendapat pahala
jika kami memuaskan nafsu syahwat
kami?” Jawab Rasulullah SAW “ Jika
kamu melakukannya dengan yang haram,
tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika
kamu melakukannya dengan yang halal,
kamu mendapat pahala.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Anas r.a katanya,:”Rasulullah s.a.w
pernah qunut selama sebulan iaitu ketika
ahlul qurra (ahli-ahli membaca al-Quran)
ramai yang tewas dalam peperangan.
Belum pernah saya melihat Rasulullah
s.a.w berdukacita seperti itu.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w. telah
bersabda:”Apabila anak Adam membaca
ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan
jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka
aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia
sujud, lalu mendapat syurga. Aku
disuruh sujud, tetapi aku menolak maka
untukku neraka.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah saw. Bersabda yang
bermaksud: “Kaum Bani Israel biasanya
dipimpin oleh para nabi. Setiap kali
meninggalnya seorang nabi akan diganti
pula oleh seorang nabi yang berikutnya.
Sesungguhnya tiada nabi sesudahku. Ada
beberapa orang pemerintah sebagai
penggantiku dan banyaklah bilangan
mereka itu,”

Baginda bersabda,

“Lakukanlah baiah yang pertama, dan
hendaklah patuh kepada pemerintahan
mereka. Kamu juga hendaklah
memerangi mereka yang menentang
mereka, dan mohonlah kepada Allah apa-
apa yang menjadi hak bagimu, Allah akan
bertanya kepada khalifah-khalifah itu
mengenai cara mereka mentadbir
pemerintahan mereka”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:”Sesiapa yang beriman
kepada Allah dan hari kemudian, maka
hendaklah ia berkata perkara yang baik
atau diam. Dan sesiapa yang beriman
kepada Allah dan Hari Kemudian, maka
hendaklah ia memuliakan jirannya.
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan
hari kemudian maka hendaklah ia
memuliakan tetamunya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w
bersabda:”Apabila dikumandangkan azan
untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut
sehingga tidak terdengar olehnya azan.

Apabila muazzin berhenti, ia pun
kembali. Begitu pula apabila qamat
dibacakan, dia pun lari. Dan apabila
iqamat telah selesai, dia datang kembali.

Dia sentiasa menggoda orang yang sedang
solat, dengan berkata
kepadanya:”Ingatlah apa yang belum
kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang
itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia
telah solat.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abdullah bin Aufa r.a, “Rasulullah
s.a.w pada suatu hari menanti musuh
sehingga matahari condong. Kemudian
baginda berdiri di hadapan orang ramai
lalu bersabda:” Wahai saudara-saudara!

Janganlah mengharap-harapkan menemui
musuh, mintalah kesejahteraan kepada
Allah! Tetapi jika kamu bertemu dengan
musuh, sabarlah (berhati teguh)!

Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu
terletak di bawah bayangan pedang”.

Kemudian baginda berkata:”Wahai Tuhan
yang menurunkan kitab, yang
menjalankan awan dan mencerai-
beraikan pasukan musuh! Cerai-
beraikanlah mereka dan bantulah kami
melawan mereka.:“

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abdullah r.a katanya, Nabi SAW
bersabda: ”Tidak termasuk golongan
kami orang yang menampar–nampar pipi,
mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-
teriak seperti teriakan jahiliyyah
(kerana meratapi mayat) .”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register