BTC USD 81,373.7 Gold USD 4,030.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

sy dgr dlm kuliah mlm td ustaz tuh kater ader bbrp ulama hadis lain yg cuber menguji daya ingatan Imam Bukhari dlm mengingati sanad & matan hadis...

ulama2 hadis tuh sajer tukar2 sanad hadis dgn matan dr hadis lain kendian minta Imam Bukhari betulkan semula...

bkn 1 atau 2 hadis tp berpuluh2 hadis yg diubahsuai oleh ulama2 hadis tuh utk tujuan ujian tersbt...

setlh selesai mendgr semua hadis yg diubahsuai oleh para ulama hadis tuh, Imam Bukhari blh ulang semula semua hadis yg slh satu persatu lengkap dgn sanad & matan...

kendian beliau blh plak betulkan satu persatu bersama sanad & matan tanpa sebrg kesilapan pon...

ustaz tuh x sebut dlm kitab maner kisah nih disebutkan, mgkn klu sdr ader sumbernyer sgt menarik utk dikongsikan kat sini...

benar apa yg ustaz tu katakan.. masih dlm galian ni sdr, dan 1 lagi, beliau (bukhari) telah membetulkan hadis dr ulama besar ad-dhahari, ketika berumur 11 tahun, cuma membetulkan sebuah nama perawi je, abu zubair ke az zubair, sehinggakan ulama besar tersebut akur pada kehebatan beliau menghafal hadis pd usia muda
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:”Berilah (belanjalah) dan
jangan kamu selalu menutupi
kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti
Allah akan menutupi rezekimu.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang
menyegerakan berbuka puasa setelah
masuk waktunya akan mendapat
kebaikan yang berterusan”.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Sahl bin Sa’ad berkata:
Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di
syurga ada pintu yang bernama ar-
Rayyan tempat masuk orang-orang yang
berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat
masuk daripada pintu itu kecuali orang
yang berpuasa, dipanggil oleh
penjaganya:

”Dimanakah orang – orang
yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat
masuk ke situ kecuali mereka yang
berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah
selesai masuk, maka pintu itu ditutup,
dan tidak masuk melaluinya melainkan
mereka yang berpuasa sahaja.”

(riwayat Bukhari & Muslim)
 
Dari Anas bin Malik r.a, nabi s.a.w
bersabda:”Janganlah sekali-kali salah
seorang daripada kamu mengharapkan
kematian kerana suatu malapetaka yang
menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat
sesuatu (sudah puas berubat atau
berikhtiar) maka hendaklah ia
berdoa:

”Wahai Tuhanku, hidupkanlah
aku seandainya kehidupan itu lebih baik
bagiku, tetapi matikanlah aku
seandainya kematian itu lebih baik
bagiku.”

(riwayat Bukhari)
 
Abu Naim mennyampaikan kepada kami
katanya, Ibnu ‘Uyainah menyampaikan
kepada kami, daripada Ishaq
katanya:”Nabi s.a.w solat di rumah
Ummu Sulaim lalu berdiri dan seorang
anak yatim di belakang baginda dan
Ummu Sulaim di belakang kami.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata
bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Berpuasalah kamu apabila melihat anak
bulan (hilal) dan berbukalah kamu
(berhari raya) kerana melihat hilal.

Apabila hilal terlindung awan daripada
pandangan kamu, maka sempurnakanlah
bulan tersebut (tiga puluh hari)”.

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia
mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:”Perumpamaan orang yang
kedekut dengan orang yang pemurah
seperti dua orang yang memakai baju
besi yang menutupi dadanya sampai ke
leher. Orang yang pemurah, bajunya
lapang dan sempurna menutupi badannya
hingga ke anak-anak jarinya dan
menghapus jejaknya (dosanya).

Sedangkan orang yang kedekut
disebabkan ia tidak mahu menafkahkan
hartanya, maka tiap-tiap cantuman
bajunya sendat di tempatnya; ia
berusaha mahu melonggarkannya tetapi
tidak pula longgar.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abdullah r.a katanya, nabi s.a.w
bersabda:”Memaki orang Muslim adalah
(fasiq) dan membunuhnya, kafir.”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register