BTC USD 81,684.8 Gold USD 4,059.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Jabir bin Abdullah r.a, dia
mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:’Ketika orang Quraisy
mendustakan saya, berdirilah saya di
Hijr (dekat Kaabah). Tuhan
menggambarkan Baitul Maqdis kepada
saya. Maka dapatlah saya menceritakan
kepada mereka tanda-tandanya (keadaan
Baitul Maqdis), sedangkan saya tetap
memandangnya.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi
s.a.w bersabda:”Setiap yang masuk ke
dalam syurga diperlihatkan kepadanya
tempat diamnya di dalam neraka jika
seandainya dia melakukan kesalahan,
supaya dengan itu bertambah syukurnya
kepada Tuhan. Setiap orang yang masuk
ke dalam neraka, diperlihatkan
kepadanya tempat diamnya di dalam
syurga jika seandainya dia melakukan
perbuatan baik, supaya dengan itu
timbul penyesalannya.”

(riwayat Bukhari)
 
"Daripada Abu Barzah al-Islami r.a.
katanya, “Rasulullah s.a.w telah
bersembahyang Asar. Kemudian salah
seorang daripada kami telah kembali
ketempat kediamannya dipinggir bandar
ketika matahari masih cerah. Baginda
Rasulullah suka mentakhirkan
sembahyang isyak, dan Baginda tidak
suka tidur sebelumnya serta bercakap-
cakap selepasnya, Baginda selesai
menunaikan sembahyang subuh ketika
seorang itu boleh mengenali orang yang
duduk disebelahnya dan Baginda membaca 60
ayat sehingga 100 ayat al-Quran”.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Aisyah r.anha, katanya: Rasul s.a.w
menerangkan (kepada seorang
perempuan), sabdanya :”…..apabila
kedatangan haid hendaklah engkau
tinggalkan sembahyang dan apabila haid
itu habis tempohnya, hendaklah engkau
mandi wajib dan sembahyanglah (seperti
sediakala)”.

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w. telah ditanya, “Amalan
manakah yang lebih utama ? Baginda
menjawab: “Beriman kepada Allah dan
juga kepada Rasulnya”. Kemudian
baginda ditanya lagi, “Selepas itu apa
lagi ? Baginda berkata, “Berjihad di jalan
yang diredhai Allah”. Kemudian apa
lagi ? Baginda menjawab, “Mengerjakan
ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji
mabrur).

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Mengerjakan umrah ke satu umrah yang
lain menjadi penutup dosa yang
dilakukan di antara kedua umrah itu.

Manakala haji yang mabrur pula akan
dibalas dengan syurga kepada orang yang
mengerjakannya”.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
sy dgr dlm kuliah mlm td ustaz tuh kater ader bbrp ulama hadis lain yg cuber menguji daya ingatan Imam Bukhari dlm mengingati sanad & matan hadis...

ulama2 hadis tuh sajer tukar2 sanad hadis dgn matan dr hadis lain kendian minta Imam Bukhari betulkan semula...

bkn 1 atau 2 hadis tp berpuluh2 hadis yg diubahsuai oleh ulama2 hadis tuh utk tujuan ujian tersbt...

setlh selesai mendgr semua hadis yg diubahsuai oleh para ulama hadis tuh, Imam Bukhari blh ulang semula semua hadis yg slh satu persatu lengkap dgn sanad & matan...

kendian beliau blh plak betulkan satu persatu bersama sanad & matan tanpa sebrg kesilapan pon...

ustaz tuh x sebut dlm kitab maner kisah nih disebutkan, mgkn klu sdr ader sumbernyer sgt menarik utk dikongsikan kat sini...
 
Kalau imam fekah yg kita di Malaysia mengambil pakai ilmunya iaitu imam Shafie berazal dari Gaza Palestin.. The rest yg lain2 see the pic below.

B3KmKmMIIAATIz6.jpg
 
Back
Top
Log in Register