BTC USD 81,227.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Daripada Anas r.a daripada rasulullah
s.a.w sabdanya, “ Tiga perkara yang
mengiringi jenazah iaitu keluarganya,
hartanya dan amalannya .

maka dua perkara akan kembali semula, yang
tinggal hanyalah amalannya”.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Ibnu Abbas menceritakan :”Nabi SAW
berjalan melalui sebuah kebun di
Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran
oleh baginda suara dua orang sedang
disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda
Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa
bukanlah kerana dosa besar.”

Kemudian baginda melanjutkan
perkataannya,:”Yang seorang disiksa
kerana kencing di tempat terbuka) dan
yang seorang lagi kerana membuat fitnah
supaya orang bermusuh-musuhan.”

Sesudah itu baginda menyuruh supaya
mengambil pelepah tamar lalu dipatah
dua oleh baginda dan diletakkan di atas
kedua kubur itu masing-masing satu
pelepah. Seseorang pun bertanya:

”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan
seperti itu?”

Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu
tidak kering.”

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang
kesalahan dengan saudaranya maka
hendaklah diselesaikan sekarang, kerana
sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada
lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran,
(yang ada hanyalah) diambil hasanah
(kebaikan) yang ada padanya, kalau dia
tidak mempunyai kebaikan, diambil
keburukan orang itu lalu diletakkan ke
atasnya.”

(riwayat Bukhari)
 
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa bersedekah seberat biji kurma
dari usaha yang baik, dan tidak naik
(sampai) kepada Allah melainkan yang
baik, maka sesungguhnya Allah
menyambutnya dengan tangan kanan-Nya.

Kemudian Allah memelihara
sedekah itu untuk pemiliknya,
sebagaimana seorang kamu memelihara
anak-anak kudanya sehingga menjadilah
sedekah itu setinggi gunung.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Zaid bin Tsabit r.a bahawa nabi
saw. menyuruhnya supaya mempelajari
tulisan Yahudi sehingga saya menuliskan
untuk nabi s.a.w. surat-surat baginda
(untuk orang Yahudi) dan membacakan
surat-surat orang Yahudi apabila mereka
berkirim surat kepada baginda.”

(riwayat Bukhari)
 
Adiy bin Abi Hatim r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: “Apabila haiwan yang
engkau panah jatuh di dalam air lalu
tenggelam dan mati maka janganlah
engkau memakannya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Abdul rahman bin Auf r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: “Hendaklah engkau
mengadakan walimah walaupun dengan
menyembelih seekor kambing.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Umar r.a katanya:”Saya mendengar
Nabi s.a.w bersabda:” Janganlah kamu
memuji (memuliakan) saya berlebihan
sebagaimana orang Nasrani memuji
(memuliakan) anak Maryam. Saya hanya
hamba Allah. Maka katakanlah:”Hamba
Allah dan Rasul-Nya.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a
katanya:”Junjunganku (Nabi Muhammad
SAW) telah berwasiat supaya aku
mengerjakan tiga perkara iaitu:

Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan,
mengerjakan dua rakaat sembahyang
dhuha dan juga supaya aku mengerjakan
sembahyang witir sebelum aku tidur.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang
kesalahan dengan saudaranya maka
hendaklah diselesaikan sekarang, kerana
sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada
lagi wang untuk dibuat bayaran,
(yang ada hanyalah) diambil hasanah
(kebaikan) yang ada padanya, kalau dia
tidak mempunyai kebaikan, diambil
keburukan orang itu lalu diletakkan ke
atasnya.”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register