BTC USD 83,179.3 Gold USD 4,143.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a
katanya:”Kami berperang bersama-sama
Rasulullah s.a.w dalam tujuh peperangan
di mana kami pernah memakan
belalang.”

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: ”Arak ialah setiap yang
merosakkan akal fikiran.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya binasalah orang-orang
yang sebelum kamu disebabkan orang-
orang atasan apabila mencuri mereka
membiarkannya , dan apabila orang
lemah mencuri mereka menjatuhkan
hukuman ke atasnya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a ., bahawa Nabi
s.a.w bersabda: “ Manusia berpeluh pada
hari kiamat dengan banyaknya sehingga
air peluh mereka meresap ke dalam
bumi berpuluh-puluh hasta dan
menenggelami mereka sehingga sampai
ke telinga masing-masing.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Anas r.a nabi s.a.w memberi
kelonggaran kepada Abdur Rahman bin
Auf dan Zubair untuk memakai baju
sutera kerana keduanya terkena penyakit
gatal (kudis).”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi
s.a.w bersabda:”Sesiapa yang membunuh
diri dengan mencekik lehernya, maka dia
akan mencekiknya pula nanti di neraka.
Dan sesiapa yang menikam dirinya, maka
dia akan menikamnya pula nanti di
neraka.”

(riwayat Bukhari)
 
Anas bin Malik r.a
mengkhabarkan:”Apabila Nabi s.a.w
hendak memasuki tandas, baginda
membaca :” Ya Allah! Aku berlindung
dengan Engkau dari bahaya kotoran dan
dari segala macam yang membahayakan.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah
s.a.w bersabda:”Setiap yang
memabukkan adalah khamar (arak) dan
setiap yang memabukkan adalah haram.

Sesiapa yang meminum khamar di dunia
lalu dia meninggal dunia sedangkan dia
telah terbiasa dan belum bertaubat maka
dia tidak dapat meminumnya di akhirat
nanti.”

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:”Syaitan akan menghantar
tentera-tenteranya untuk memfitnah
manusia, manusia yang lebih tinggi
kedudukan akan mendapat fitnah syaitan
yang lebih hebat. Syaitan akan datang
kepada seseorang kamu dan
berkata:

”Siapakah yang telah menjadikan
kejadian ini? Siapakah yang telah
menjadikan kejadian ini ? Sehingga
syaitan akan berkata:

” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?”

Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka
mintalah perlindungan dengan Allah
daripada syaitan yang direjam.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abdullah r.a katanya:”Diceritakan
kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki
yang tidur sepanjang malam sampai
Subuh. Maka bersabda baginda
Rasulullah SAW: “Orang itu telah
dikencingi oleh syaitan di kedua-dua
telinganya.”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register