BTC USD 81,525.6 Gold USD 4,168.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda:”Pada suatu ketika ada
seseorang berjalan di jalan raya. Ia melihat
duri lalu dibuangkannya. Tuhan
memberinya pahala dan ampunan.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda:”Pada suatu ketika ada
seseorang berjalan di jalan raya. Ia melihat
duri lalu dibuangkannya. Tuhan
memberinya pahala dan ampunan.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Ketika
Rasulullah s.a.w sedang hampir nazak,
baginda keluar dengan kepala diikat
dengan sehelai kain, lalu baginda duduk di
atas mimbar. Setelah memuji dan
manyanjung Allah SWT, baginda
bersabda:

”Tidak ada orang yang paling
dekat kepadaku tentang diri dan hartanya
selain Abu Bakar bin Abu Quhafah. Jikalau
boleh aku memilih kawan di antara segala
manusia, maka kupilih Abu Bakar. Tetapi
persaudaraan sesama Islam lebih utama.

Tutuplah semua pintu masjid ini kecuali
pintu Abu Bakar.”

(riwayat Bukhari)
 
Anas r.a meriwayatkan, katanya:”Nabi
s.a.w pernah memendekkan solat baginda,
tetapi baginda melakukannya dengan
sempurna.”

(riwayat Bukhari)
 
Berkata Abu wail r.a katanya:”Abdullah
(bin Umar) mengajar suatu jamaah tiap-
tiap hari Khamis. Seorang lelaki
berkata:”Hai Abu Abdul Rahman! Saya
mengharap supaya kamu dapat mengajar
kami setiap hari.” Jawab Abdullah:”Saya
khuatir jikalau kamu semua menjadi
bosan. Saya memilih waktu yang baik
sebagaimana juga nabi memilih waktu
yang baik untuk kami belajar, menjaga
supaya kami tidak bosan.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w
solat malam di kamarnya, padahal dinding
kamar itu rendah (pendek) sehingga orang
lain dapat melihat baginda. Kerana itu
mereka solat sepertimana baginda. Setelah
hari pagi, mereka memperkatakan hal itu.

Malam keduanya, nabi solat lagi. Orang
lain pun solat juga seperti baginda. Mereka
lakukan hal seperti itu dua atau tiga
malam dan sesudah itu baginda solat
sambil duduk dan tidak keluar. Ketika hari
telah Subuh, orang ramai menanyakan hal
tersebut kepada baginda. Jawab
baginda:”Aku takut kalau-kalau kamu
menganggap solat malam itu wajib.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Umar bin Rabi’ah r.a katanya, Nabi
s.a.w bersabda:”Apabila kamu melihat
jenazah, berdirilah sehingga ia
meninggalkan kamu.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w
bersabda:”Perumpamaan petunjuk dan
ilmu pengetahuan yang Allah
mengutuskan aku untuk
menyampaikannya seperti hujan lebat
jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur
menghisap air, menumbuhkan tumbuh-
tumbuhan dan rumput-rumput yang
banyak. Ada pula yang keras, tidak
menghisap air sehingga tergenang. Maka
Allah memberi manfaat dengan ia kepada
manusia. Mereka dapat minum dan
memberi minum (binatang ternak dan
sebagainya), dan untuk bercucuk tanam.
Dan ada pula hujan yang jatuh ke
bahagian lain iaitu di atas tanah yang
tidak menggenangkan air dan tidak pula
menumbuhkan rumput. Begitulah
perumpamaan orang yang belajar agama
yang mahu memanfaatkan apa yang aku
disuruh Allah menyampaikannya,
dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu
pula perumpamaan orang yang tidak mahu
memikirkan dan mengambil peduli dengan
petunjuk Allah yang aku diutus untuk
menyampaikannya.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW
bersabda:”Setiap umatku masuk ke dalam
syurga selain orang yang enggan. Mereka
bertanya:”Ya Rasulullah! Siapakah yang
enggan itu? Jawab baginda:”Siapa yang
mematuhi perintahku, masuk syurga dan
siapa yang melanggar perintahku maka
sesungguhnya orang itu enggan.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Aisyah r.a katanya,:”Ketika turun
ayat-ayat surah al-Baqarah tentang riba,
Rasulullah s.a.w pergi ke masjid, maka
baginda membacakan semuanya kepada
orang ramai, kemudian baginda haramkan
perdagangan minuman keras.”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register