BTC USD 84,037.9 Gold USD 4,194.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:”Allah berfirman dalam hadis
qudsi yang bermaksud,” Tiada balasan bagi
seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil
kembali kekasihnya, kemudian orang itu
mengharapkan pahala daripada-Ku
melainkan orang itu akan mendapat
balasan syurga.”

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Seseorang yang terbiasa
dengan meminta-minta, dia akan datang
pada hari kiamat tanpa secebis daging pun
di wajahnya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah
mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari
kiamat kelak seseorang itu akan
dicampakkan ke dalam neraka, maka
keluarlah ususnya dan dia berputar-putar
seperti seekor keldai mengelilingi batu
kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun
menghampirinya dan bertanya:”Wahai
saudara, mengapa ini semua terjadi?
Bukankah saudara adalah orang yang
pernah menyuruh kepada-perkara makruf
(kebaikan) dan mencegah perkara-perkara
yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia
menjawab:”Benar, akulah yang pernah
menyuruh kamu berbuat makruf dan
melarang kamu berbuat kemungkaran,
tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Aisyah r.a. katanya,:”Sesungguhnya
ummu Habibah dan Ummu Salamah ada
menyebutkan kepada nabi gereja yang
dilihatnya di negeri Habsyah, bahawa di
dalam gereja itu ada sejumlah patung.
Sabda nabi s.a.w,:”Sesungguhnya orang-
orang itu jika yang meninggal di antara
mereka orang soleh, mereka
membuatkannya masjid di atas
kuburannya dan mereka buatkan
patungnya. Mereka itulah sejahat-jahat
makhluk di sisi Allah pada hari kiamat.

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Allah tidak mengutuskan seseorang Nabi
melainkan ia pernah menternak kambing,”
lalu para sahabat bertanya, (adakah
termasuk) Baginda?

Jawab Baginda, ia aku
juga seorang yang pernah menternak
kambing, dengan upahnya yang sedikit
daripada penduduk Mekah”.

(riwayat Bukhari)
 
Musa bin Ismail menyampaikan kepada
kami, daripada Jarir bin Hazam, daripada
Abu Raja’, daripada Samurah bin Jundab
katanya:’Apabila nabi s.a.w selesai
menunaikan solat, baginda menghadap
mukakanya kepada kami."

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a:”Rasulullah SAW
bersabda:”Golongan yang pertama sekali
masuk syurga wajahnya adalah seperti
bulan purnama.

Dan orang yang masuk
sesudah itu seperti bintang yang sangat
terang cahayanya.

Hati mereka sebagai
hati satu orang (bersatu) tidak pernah
berselisih dan benci-membenci antara
sesama mereka.

Tiap-tiap seorang di
antara mereka mempunyai dua orang
isteri. Masing-masing di antara kedua
isteri itu tampak sumsum betisnya dari
belakang dagingnya kerana sangat
indahnya.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu Abi
‘Ashim, Ahmad dan Ibnu Asakir
meriwayatkan daripada Fudhalah bin
‘Ubaid r.a bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud:

“Tiga orang
yang tidak ditanya mengenai mereka :

Seorang lelaki yang meninggalkan jemaah,
menderhakai imamnya dan mati sebagai
penderhaka.

Seorang hamba lelaki atau
wanita yang lari lalu mati. Seorang wanita
yang ketiadaan suaminya di rumah
padahal suaminya telah mencukupkan
kepadanya belanja dunia lalu ia berhias
selepas ketiadaan suaminya di rumah.

Maka mereka tidak ditanya. Dan tiga orang
yang tidak ditanya mengenai mereka iaitu:

Seorang lelaki yang merebut pakaian Allah
kerana pakaian Allah ialah kesombongan
dan kainnya ialah kemuliaan. Dan seorang
lelaki yang ragu mengenai urusan Allah
dan putus asa dari rahmat Allah.”

(riwayat Bukhari, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu
Abi ‘Ashim dan Ibnu Asakir)
 
Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “ Dengar dan
taatlah kamu walaupun kamu diperintah
oleh seorang hamba Habsyi yang
kepalanya bagaikan sebiji buah zabib
(anggur kering).”

(riwayat Bukhari)
 
Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan
katanya : “Aku bertanya : “ Ya Rasulullah!
Manakah satu dosa yang paling besar?

Baginda bersabda : “Engkau menjadikan
sekutu bagi Allah sedangkan Ia yang
menciptakan engkau. Aku bertanya : “

Kemudian apa ?” Baginda bersabda : “
Engkau membunuh anak mu kerana takut
ia makan bersama mu. Aku bertanya : “

Kemudian apa ?” Baginda bersabda : “
Engkau berzina dengan isteri jiran mu.”

(riwayat Bukhari, Muslim, an-Nasaie dan at-
Tirmidzi)
 
Back
Top
Log in Register