BTC USD 83,433.7 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Ibnu Umar r.a, ia meminta kepada
Rasulullah saw untuk menjadi tentera
pada waktu peperangan Uhud,

sedangkan
dia ketika itu berusia empat belas tahun.
Baginda tidak membenarkan. Kemudian
dia kemukakan lagi permohonan untuk
menyertai peperangan Khandaq dan dia
ketika itu sudah berusia lima belas
tahun. Baginda membenarkan.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad
SAW telah bersabda :...(selain dari apa
yang telah aku saksikan semasa aku
dibawa israk dan mikraj pada malam itu),
maka Allah fardhukan (atasku) dan atas
umatku lima puluh sembahyang...lalu aku
memohon kepada-Nya (supaya
dikurangkan lagi bilangan sembahyang
itu yang telah pun dikurangkan sehingga
tinggal lima sahaja);

maka Allah SWT
berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari
semalam) itu tetap lima (dari segi
bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh
(dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu
tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abdullah bin Umar r.a
katanya:”Bahawasanya Umar bin al-
Khattab telah bersedekah kuda fi sabilillah . Kemudian didapatinya kuda itu
dijual orang dan dia bermaksud hendak
membelinya.

Namun sebelum itu dia
pergi menemui nabi meminta nasihat
baginda. Nabi bersabda kepadanya:”
Janganlah engkau ambil kembali
sedekahmu.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya:
“Rasulullah s.a.w melarang orang kota
(bandar) menjual barang dagangan orang
desa (kampung); jangan menipu harga
barang; jangan seorang kamu menjual
menyaingi harga jualan saudaranya;

jangan menawar sesuatu yang sedang
dalam penawaran saudaranya;

dan jangan seorang wanita meminta supaya
diceraikan saudaranya (madunya) demi
untuk membolot harta.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abdullah ibn Abbas r.a katanya,
rasulullah s.a.w bersabda, dua jenis
nikmat yang kebanyakan manusia
menerima kerugian yang besar iaitu
kesihatan dan kelapangan.

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan
rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka
hendaklah ia memanjangkan
silaturrahim”

(riwayat Bukhari)
 
“Daripada Aisyah r.a. katanya, Rasulullah
saw. tidak pernah memilih antara dua
perkara melainkan baginda akan memilih
yang paling mudah antara keduanya
selagi perkara itu tidak mendatangkan
dosa.

Jika mendatangkan dosa, baginda
adalah orang yang pertama menjauhinya.
Rasulullah s.a.w juga tidak pernah
menuntut sesuatu perkara untuk
kepentingan dirinya melainkan dilakukan
untuk kesucian agama Allah, maka
pembelaan yang dilakukan olehnya adalah
semata-mata kerana Allah Taala.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya: “Bersahurlah kamu kerana
sesungguhnya pada sahur itu ada
keberkatan.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Hakim bin Hizam r.a, katanya, Nabi
s.a.w bersabda:”Tangan yang di atas
(tangan yang memberi) lebih baik dari
tangan yang di bawah (tangan yang
menerima atau meminta).

Maka kerana itu
mulailah memberi kepada keluargamu.
Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya.

Siapa yang memohon dipelihara (agar dia
tidak sampai meminta-minta) Allah akan
memeliharanya dan siapa yang memohon
dicukupkan (agar tidak ada
ketergantungan selain kepada Allah) Allah
akan mencukupkannya.”

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:”Manusia tidak henti-hentinya
mendapat kebaikan selama mereka
mempercepatkan berbuka puasa.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register