BTC USD 82,961.5 Gold USD 4,148.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:

” Seseorang yang hendak
berzina, tidak akan melakukan zina itu
semasa ia berkeadaan sempurna
imannya;

dan seorang yang hendak
minum arak, tidak akan minum arak
tersebut semasa ia berkeadaan sempurna
imannya;

dan seorang yang hendak
mencuri, tidak kan melakukan perbuatan
itu semasa ia berkeadaan sempurna
imannya;

dan seorang yang hendak
melakukan rompakanyang lazimnya
menjadikan orang yang merompak itu
memandang sahaja kepadanya, tidak akan
merompak semasa ia berkeadaan
sempurna imannya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang
maksudnya:”Jika kamu bertiga maka
janganlah dua daripada kamu bercakap-
cakap meninggalkan yang ketiga kerana
perbuatan begini akan
mendukacitakannya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya:”Makanan untuk seorang
mencukupi untuk dua orang dan
makanan untuk dua orang mencukupi
untuk empat orang dan makanan untuk
empat orang mencukupi untuk lapan
orang.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w,
baginda bersabda:

”Allah berfirman:”Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang
soleh, apa yang belum pernah mata
melihat, belum pernah telinga mendengar
dan belum pernah teringat (terlintas)
dalam hati manusia.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abu Hurairah r.a katanya :
Rasulullah SAW telah bersabda yang
maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT
telah berfirman : “Sesiapa yang
memusuhi wali-wali-Ku sesungguhnya
Aku mengisytiharkan perang ke atasnya.

Dan tidaklah seseorang hamba itu
menghampirkan diri kepada-Ku dengan
sesuatu yang lebih Ku cintai melainkan
dengan apa yang telah Aku fardhukan ke
atasnya, berterusanlah hamba-Ku
mendekatkan dirinya kepada mu dengan
mengerjakan (amalan-amalan) nawafil
hinggalah Aku mencintainya.

Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi
pendengarannya yang dengannya ia
mendengar, Aku adalah penglihatannya
yang dengannya ia melihat dan
tangannya yang dengannya ia memegang
dan kakinya yang dengannya ia berjalan.
Dan jika ia meminta dari-Ku,

Aku akan mengurniakannya dan jika ia memohon
perlindungan dengan-Ku, Aku akan
melindunginya.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Ibnu Umar r.a katanya:
“Rasulullah SAW telah memegang kedua-
dua bahu ku lantas bersabda : “Hendaklah
kamu menjadi seperti seorang dagang di
dunia ini atau seorang pengembara..”

Ibnu Umar r.a berkata : “Apabila kamu
berpetang-petang janganlah kamu
menunggu waktu pagi, dan apabila kamu
berpagi-pagi maka janganlah tunggu
waktu petang dan pergunakan masa sihat
mu sebelum sakit mu dan masa hidup mu
sebelum mati mu...”

(riwayat Bukhari)
 
Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya
kepada Aishah r.a, “Apakah yang
dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya?
Aishah menjawab” Beliau membuat tugas
keluarganya, iaitu membantu kerja
keluarganya, maka apabila masuk waktu
sembahyang beliau pun keluar untuk
bersembahyang”.

(riwayat Bukhari)
 
Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Seorang
lelaki bertanya kepada nabi s.a.w ketika
baginda sedang di atas
mimbar:

”Bagaimanakah caranya solat
malam?”

Nabi menjawab:”Solat malam
dua-dua rakaat dan bila khuatir subuh
datang, maka solatlah satu rakaat, bererti
kamu telah witir untuk setiap rakaat
yang kamu lakukan.

Ibnu Umar mengatakan:”Buatlah solatmu yang akhir
di waktu malam ganjil (witir) rakaatnya
kerana nabi s.a.w menyuruh begitu.”

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Akan lahir selepas aku
beberapa pemimpin yang mementingkan
diri sendiri dan yang melakukan perkara-
perkara yang tidak disukai oleh kamu.

Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah
apakah yang engkau hendak perintah
dikalangan kami ini sekiranya terdapat
perkara seperti itu? “Baginda s.a.w.
menjawab, “ hendaklah kamu
menunaikan tanggungjawab kamu dan
memohon kepada Allah segala hak-hak
yang kamu perlukan.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah
SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah)
kepadaku akan neraka..

Ketika itu kulihat
kebanyakan isinya terdiri daripada
perempuan-perempuan kafir.”

Baginda
ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka
kafir kepada Allah?”

Jawab Rasulullah,
“Mereka kafir kepada karib (suami) dan
(tidak tahu berterima kasih) atas
kebaikan (yang diterimanya).

Biarpun
engkau telah berbuat baik kepadanya
sepanjang masa, kemudian dilihatnya
daripadamu sedikit kesalahan sahaja,
lantas ia berkata:”Saya tidak pernah
melihat kebaikan darimu sedikit pun!”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register