BTC USD 83,613.5 Gold USD 4,157.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari ‘Aun bin Abu Juhaifah r.a,
katanya : Saya melihat bapa saya membeli
seorang hamba sahaya yang pandai
membekam (ketika perhambaan masih
dibolehkan), lalu saya bertanya kepada bapa.

Jawab beliau, “Nabi saw hanya melarang jual-
beli anjing dan jual-beli darah; kemudian
beliau melarang pula mencacah dan dicacah
(mentatu dan pembuat tatu), memakan
riba dan memberi orang supaya memakannya;
dan beliau (Nabi saw) mengutuk orang yang
membuat patung. (riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw
bersabda, “Sumpah itu melariskan dagangan,
tetapi menghapus keberkatan.”(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Musa r.a : Rasulullah saw
bersabda, “Perumpamaan duduk dengan orang
baik-baik dibandingkan dengan duduk
berserta orang jahat, seumpama pemilik
kasturi dengan dapur tukang besi.

(Ertinya), engkau tidak akan lepas dari (bau)
pemilik kasturi itu. Adakalanya engkau
membeli kasturi itu atau sekurang-kurangnya
mencium-cium baunya. Sedangkan dapur
tukang besi membakar tubuh mu atau
sekurang-kurangnya engkau mencium bau
busuk.”(riwayat Bukhari)
 
Dari ‘Aisyah r.a : ‘Aisyah, Ummul
Mukminin r.a menceritakan bahawa dia
membeli sebuah bantal kecil yang bergambar-
gambar. Ketika Rasulullah saw melihat bantal
itu, beliau berdiri sahaja di pintu tidak jadi
masuk. Kemudian ku lihat di wajah beliau
bahawa beliau benci.

Lalu kata ku, “Ya Rasulullah, aku bertaubat
kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kiranya
kesalahan ku?”

Jawab Rasulullah saw, “Apakah perlunya bantal
itu?” Jawab ku, “Saya beli untuk Tuan, untuk
tempat duduk Tuan dan untuk sandaran
Tuan.”

Sabda Nabi saw, “Sesungguhnya pemilik
gambar-gambar seperti itu bakal disiksa pada
hari kiamat. Dikatakan kepada mereka,
‘Hidupkanlah apa yang kamu buat’.”

Selanjutnya Nabi saw bersabda,
“Sesungguhnya rumah yang di dalamnya
terdapat gambar-gambar, tidak dimasuki
malaikat.”(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Sa’id r.a, menceritakan :
Rasulullah saw melarang Munabazah. Iaitu,
melemparkan kainnya kepada yang lain dalam
jual beli, sebelum dibalik-balik atau dilihatnya
kain itu dan beliau melarang Mulamasah, iaitu
menyentuh kain yang tidak dilihat. (riwayat Bukhari)

Penjelasan :

Munabazah :

Seseorang yang menjual sesuatu
barang kepada pembeli sebelum pembeli
tersebut melihat-lihat barang tersebut.

Mulamasah :

Memegang sesuatu barang yang
hendak dibeli tanpa melihatnya. (Apabila
menyentuh sesuatu barang, maka dikira atau
dipaksa membelinya).
 
Dari Anas bin Malik r.a, katanya :
Rasulullah saw melarang melakukan jual beli
Muhaqalah, Mukhadharah, Mulamasah,
Munabazah dan Muzabanah.” (riwayat Bukhari)

Penjelasan :

a. Muhaqalah (sewa menyewa tanah dengan
bagi hasil).

b. Mukhadarah (menjual buah-buahan di
pokok yang belum pasti baik atau tidak,
termasuk ‘Zuru’, iaitu padi, jagung, gandum
dan sebagainya).

c. Mulamasah (Memegang sesuatu barang yang
hendak dibeli tanpa melihatnya).

d. Munabazah (Seseorang yang menjual
sesuatu barang kepada pembeli sebelum
pembeli tersebut melihat-lihat barang
tersebut).

e. Muzabanah (Menjual buah yang basah
dengan buah yang kering atau menjual padi
kering dengan padi yang basah atau apa-apa
yang menipu dalam penjualan. Contoh zaman
ini, menipu menjual suratkhabar lama dengan
dibasahkan separuh atau menjual tin
aluminium dengan meletakkan batu atau pasir
supaya menjadi lebih berat).
 
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw
bersabda, “Demi Allah yang diriku berada
dalam genggaman-Nya. Sesungguhnya akan
turun kepada mu Ibnu Maryam (Nabi Isa a.s)
menjadi halim yang adil. Maka dipecahnya
salib, dibunuhnya ba.bi, dihapuskannya pajak
dan harta kekayaan akan melimpah ruah
sehingga tidak seorang pun yang mahu
menerima.”(riwayat Bukhari)
 
Last edited:
Dari Jabir bin Abdullah r.a, katanya : Ia
mendengar Rasulullah saw bersabda di Mekah
pada tahun penaklukan Mekah, sabdanya :
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya
mengharamkan menjual minuman yang
memabukkan, bangkai, ba.bi dan berhala.”

Lalu ditanyakan orang kepada beliau, ‘Ya
Rasulullah, bagaimanakah tentang lemak
bangkai? Lemak itu gunanya untuk melumuri
perahu, untuk meminyaki kulit dan dijadikan
lampu oleh orang banyak.

Jawab Nabi saw, “Tidak boleh, itu haram.”
Kemudian beliau (saw) menambahkan,

“Dikutuk Allah kiranya orang Yahudi. Setelah
Allah mengharamkan lemaknya, mereka
hancurkan kemudian mereka jual dan setelah
itu mereka makan wang harganya.” (riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Mas’ud Al-Anshari, katanya :
Rasulullah saw melarang tentang harga (jual
beli) anjing, membayar mahar penzina dan
membayar tukang tenung (peramal).
(riwayat Bukhari)

Tambahan : Termasuk larangan membayar
tukang tenung zaman ini adalah mesin-mesin
melihat peramal takdir seperti yang ada di
pasaraya-pasaraya.

Ijarah (mengupah, menerima upah, menyewa
atau mempersewakan)
 
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw
bersabda, “Allah tidak mengutus seorang Nabi
melainkan orang itu gembala kambing. Para
sahabat bertanya, ‘Dan anda sendiri
bagaimana?’
Jawab Nabi saw, “Ya, aku pernah gembala
kambing orang Mekah dengan (upah)
beberapa qirath (nama mata wang lama).

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register