BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadi hadir Perhimpunan Agung Umno minggu depan, kata Asyraf

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Hadi hadir Perhimpunan Agung Umno minggu depan, kata Asyraf​

01223ce7-1951-4950-8ddb-21640318fb44-asyraf-wajdi-hadi-040926.jpg

(dari kiri) Presiden PAS Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki di pembukaan Muktamar PAS ke-72 di Kota Bharu hari ini. (Gambar Facebook)

Hadi pertama kali menghadiri Perhimpunan Agung Umno pada 2019, tidak lama selepas PAS dan Umno menjalinkan kerjasama politik mereka di bawah Muafakat Nasional (MN) yang kini terbubar.

Dalam hantaran di Facebook, Asyraf berkata beliau berharap dua parti terbesar orang Melayu dan Islam itu dapat berpakat dan bekerjasama.

“Yang penting keikhlasan dan kepercayaan kedua-dua pihak bertunjangkan prinsip dan panduan Wahyu Ilahi,” katanya.

Asyraf mengetuai delegasi Umno pada pembukaan Muktamar PAS ke-72 di Kota Bharu hari ini selepas Presiden Umno Zahid Hamidi tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kali terakhir pemimpin Umno menghadiri muktamar PAS adalah pada 2019, ketika Umno dan PAS merupakan sekutu dalam MN.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata pemimpin Umno dijemput ke perhimpunan tahun ini kerana parti itu melihat Umno sebagai rakan strategik.

Perkara ini menyusuli kemenangan pakatan BN-Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya Negeri Sembilan baru-baru ini.
 
Back
Top
Log in Register