BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO Bakal Bentuk Jawatankuasa Perundingan Politik - Asyraf Wajdi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

UMNO Bakal Bentuk Jawatankuasa Perundingan Politik - Asyraf Wajdi​

ea7e47ac64dc3d9458b2672e80f7c84d6aa4fb6362643

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bercakap pada sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

UMNO akan menubuhkan satu Jawatankuasa Perundingan khas bagi menentukan hala tuju serta strategi kerjasama politik parti itu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pembentukan jawatankuasa itu akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi parti dengan mengambil kira sentimen serta usul yang dibahaskan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.

“Sudah tentu kepimpinan akan mengambil kira pandangan-pandangan yang dilontarkan dalam PAU ini untuk langkah seterusnya,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengenai hubungan politik dalam pentadbiran persekutuan, Asyraf Wajdi berkata pendirian UMNO adalah untuk terus menghormati serta mendukung persepakatan asal yang termaktub dalam Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Beliau berkata keutamaan parti pada masa ini kekal terarah kepada usaha memelihara kestabilan politik negara sehingga tamat tempoh penggal pentadbiran.

“Sebabnya kita masih lagi berpegang kepada perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia. Selagi mana belum sampai tempoh pilihan raya, asasnya kita tidak akan ‘tebuk atap’ atau mengubah kerajaan.

“Kita memikirkan soal kestabilan politik yang kita pertahankan, jadi sebab itulah saya kira tidak akan timbul apa-apa masalah yang besar. Yang paling penting ialah biarlah rakyat yang menentukan dan memberikan mandat apabila tiba masanya nanti,” katanya.

Beliau berkata semangat permuafakatan antara semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan perlu terus dipelihara menerusi rujukan berterusan kepada perjanjian asal demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

 
Back
Top
Log in Register