BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puad Zarkashi Keluar UMNO Kerana Kecewa Anak Tidak Jadi Calon DUN Rengit - Asyraf Wajdi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Puad Zarkashi Keluar UMNO Kerana Kecewa Anak Tidak Jadi Calon DUN Rengit - Asyraf Wajdi​

f1c2ac7ddec19419598b659ef69420fa6a3cc19f5bde5

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Tindakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi keluar daripada parti disebabkan tidak berpuas hati selepas anak beliau tidak dipertimbang sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketika mendedahkan perkara itu, Asyraf Wajdi berkata beliau amat kesal dengan kenyataan berbaur fitnah Mohd Puad itu yang memberikan alasan utama keluar parti dengan mengaitkan kononnya kerana Istana mengawal UMNO Johor sehingga menitahkan pembubaran DUN Johor pada 1 Jun lepas.

Beliau berkata Mohd Puad sendiri pernah mengugut untuk menghentam parti serta keluar UMNO jika kemahuannya itu tidak dipenuhi kepimpinan tertinggi.

“Beliau sendiri menulis kepada saya secara panjang lebar mengugut untuk keluar parti dan akan menghentam parti sekiranya kepimpinan tertinggi UMNO tidak mempertimbangkan untuk anak beliau sebagai calon di DUN Rengit.

“Benar, anaknya masih muda dan berpotensi besar untuk dilatih dan diangkat sebagai pemimpin. Namun, tentulah parti mengambil kira banyak faktor dalam pemilihan seseorang calon dalam satu-satu pilihan raya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Asyraf Wajdi berkata Mohd Puad juga sebelum ini pernah membuat ugutan serupa untuk keluar dari parti jika tidak dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Presiden UMNO.

Katanya UMNO bukanlah parti warisan ‘anak beranak’ yang mesti mengutamakan keluarga dan suku sakat untuk menjadi pemimpin.

Beliau berkata perjuangan UMNO jauh lebih besar daripada kepentingan peribadi, tuntutan keluarga atau rasa kecewa individu kerana parti itu telah banyak berjasa, mengangkat dan memberi ruang kepada ramai pemimpin untuk berkhidmat serta membina nama.

“Maka amat tidak wajar, setelah segala ruang, kedudukan dan manfaat diperoleh, parti sendiri pula mahu diugut dan dihentam hanya kerana kehendak peribadi tidak dipenuhi," katanya.

 
Back
Top
Log in Register