BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru Kurung Calon SPM??

redha79

Fun Poster
Messages
502
Joined
Apr 17, 2007
Messages
502
Reaction score
0
Points
20
As reported by HMetro:

Ref: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Mutakhir/20071218090705/Article

KOTA TINGGI: “Langkah selamat, biar Faiz tidak jawab Kertas 1 (objektif) supaya keputusan Faiz ditulis TIDAK HADIR (lebih baik daripada ditulis GAGAL).”

Demikian antara kandungan surat ditulis seorang guru yang didakwa ‘mengurung’ serorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Air Tawar, Kota Tinggi, selama tiga jam ketika peperiksaan Kertas 1 Pendidikan Seni, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada 4 Disember lalu, dengan alasan tidak mahu pencapaian sekolah itu, merosot.

Dalam surat itu juga, cikgu berkenaan mendakwa dia sudah menolong pelajar terbabit, Mohammad Faiz Abdul Aziz bagi Kertas 3 iaitu kerja kursus, dengan menyiapkan fail (folio) serta kerja ukiran kapur putih, walaupun pelajar terbabit enggan menyiapkannya.

Malah, menerusi surat itu, guru berkenaan mendakwa bagi Kertas 2 iaitu melukis dan mewarna, dia memberi contoh lukisan kepada Faiz di kantin dan menasihatkan pelajar itu mewarna menggunakan warna atau sekurang-kurangnya melorek saja, malangnya Faiz tidak mengikut nasihatnya.

Selain itu, Faiz melukis seperti tidak bersungguh-sungguh, tidak mewarna langsung dan pengawas peperiksaan memberitahu pelajar itu hanya melentokkan kepala di meja walaupun tiga jam diberikan.

- Macam ini kes punya pun ada ke? Alahai... . Naper cikgu? takut rekod SPM merudum ker? Yg si budak ni, ko ni pe hal? Ingat harga sawit naik mencanak ko leh senang lenang ker kalu belajar main2???
 
budak sekarang dah naik lemak...cikgunya pun satu hal...biarla budak tu periksa...
 
As reported by HMetro:

Ref: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Mutakhir/20071218090705/Article



- Macam ini kes punya pun ada ke? Alahai... . Naper cikgu? takut rekod SPM merudum ker? Yg si budak ni, ko ni pe hal? Ingat harga sawit naik mencanak ko leh senang lenang ker kalu belajar main2???

cikgu ni bodoh.

watpe nak rosakkan masa depan sendiri dgn budak yg bangang macam tu? buat apa nak gadaikan masa depan semata2 supaya peratusan sekolah tak jatuh.

aku cikgu. dan aku sedih ada cikgu yg tak tau kedudukan diri dia kat mana
 
budak sekolah mcm ni dah biasa aku jumpa...memang pening dibuatnya.
Yang cikgu tu pun satu gak..buat pe la dikurung budak tu..Aku pun cikgu gak, tak de la buat sampai macam tu sekali. Memalukan je kaum kerabat CIKGU.
 
apsal cikgu tu kelakar sgt ? dapat tau kat media camni kan dah susah.silap2 bole kena tindakan tuh.
 
kesian kat budak 2, dia pun manusia gak.. biar je la dia ambik exam SPM tu.. :)
 
Kalau bagi aku, pihak sekolah or guru, mesti kena sindrom kena push... .

MOE push JPN push PPD, PPD push penegtua, Pengetua push cikgu2, cikgu push budak2... yg sakitnya cikgu2.... . Semata2 kerana obses dengan peratusan, obses dengan berguni2 A.... sampaikan apa yg diorang dok sebut2 dalam falsafah pendidikan hanya tinggal retorik.... . Media pun asyik promote melampau2 budak2 scorer. So masyarakat dah kena set dalam pale, budak x score, gelap masa depan... huhuh

Falsafah Pendidikan Negara:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Realiti yg aku nampak sekarang ni pendidkan dah berat sebelah... Exam SPM, PMR dan UPSR dah menjadi penanda aras utama.... Pi lantaq lar dengan akhlak, moral dll... Asalkan graf skolah cantik... hhuhuhuu....

Ingat GURU MEMBINA MANUSIA... tidak seperti engineer membina struktur atau sistem... . Hence, tugas GURU berganda lagi berat dan lagi berisiko berbanding profesion lain... .
 
Last edited:
Cikgu camni elok ngajor skolah tadika je...
Beri alasan tak lojik... hmmm... :-?
 
Back
Top
Log in Register