BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

53 Calon SPM Terjejas Banjir Di Kedah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
668cbde17c4514336bde409adee8e78f6924350091b6e

Jalan utama Bukit Kayu Hitam-Changlun berhampiran Pekan Changlun yang dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam ketika tinjauan fotoBernama di sini hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 53 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini dikenal pasti terjejas banjir setakat 2.30 petang tadi, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah Abdul Rahim Mat.

Beliau berkata pelajar-pelajar terlibat merupakan calon SPM dari daerah Kulim/Bandar Baharu, Kubang Pasu dan Padang Terap.

“Sebanyak lapan calon SPM terlibat banjir di daerah Kulim/Bandar Baharu dengan dua sekolah turut terjejas. Lima pelajar kini ditempatkan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Lela Pahlawan manakala tiga lagi menumpang di rumah saudara-mara.

“Di daerah Kubang Pasu pula, 41 calon daripada SMK Changlun terjejas banjir dengan 26 daripadanya ditempatkan di asrama sekolah itu manakala bakinya akan turut dibawa ke asrama,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Abdul Rahim berkata empat calon pula terjejas di daerah Padang Terap dan kesemua mereka ditempatkan di asrama Maktab Mahmud Padang Terap.

Beliau berkata calon SPM yang terjejas banjir akan ditempatkan di asrama sekolah mereka atau di asrama sekolah berhampiran dan akan mengambil peperiksaan di pusat berkenaan.

“Sekiranya sekolah pusat SPM terkesan banjir, lokasi peperiksaan akan dipindahkan ke sekolah lain yang mempunyai asrama. Semua pelajar boleh menginap di asrama sekolah yang digunakan untuk pemindahan pusat berkenaan,” katanya.

Sementara itu, seorang daripada pelajar SMK Changlun yang terjejas banjir Rokiyah Sofi, 17, berkata bukan sesuatu yang mudah baginya apabila diuji sehari sebelum peperiksaan bertulis SPM bermula.

Rokiyah berkata walaupun risau, namun beliau perlu reda dengan bencana itu bagi meredakan tekanan setelah rumahnya di Kampung Lembah Keriang, Changlun dekat Jitra ditenggelami banjir.

 
Back
Top
Log in Register