BTC USD 83,309.2 Gold USD 4,152.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GST dikaji semula

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

HASAN MALEK (kiri) melihat tanda harga di gerai menjual ayam mentah pada lawatan ke Pasar Besar Kota Kinabalu sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu, Sabah, semalam. UTUSAN/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN​

KOTA KINABALU 27 Mei - Kerajaan akan melaksanakan kajian semula berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi diubah suai mengikut kehendak rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, perkara itu termasuk jenis-jenis barang yang akan dimasukkan ke dalam senarai pengecualian GST.

“Kita sedang kaji suara rakyat, suara pengguna. Kita akan ubah suai. Sebelum ini kita sudah sediakan panduan harga pengguna berhubung pelaksanaan GST. Ada (barang) yang naik, ada kekal, ada turun. Itu sebagai panduan.

“Ini akan kita ubah suai dari semasa ke semasa. Kita akan buat kajian impak, kesan GST. Kita akan kaji semula untuk ubah suai dengan kehendak rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan mengejut ke beberapa buah premis sempena pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Pesta Kaamatan 2015 di Asia City di sini hari ini.

Beliau sebelum itu mengadakan lawatan sama di Pasar Besar Kota Kinabalu yang turut dihadiri Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Severinus Tukah.

Sepanjang lawatan itu, pihak penguat kuasa kementerian merekodkan empat kes iaitu satu kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan nilai kompaun sebanyak RM200 manakala tiga lagi kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (nilai kompaun RM600).

Mengenai kajian semula GST, Hasan memberitahu, pihak kementerian sememangnya memerlukan aduan atau maklum balas daripada pengguna.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, pihaknya mendapati masih ada peniaga yang berdegil dengan tidak meletakkan tanda merah jambu bagi barangan harga terkawal.

Menyifatkan peniaga itu sebagai ‘sombong’, kompaun sebanyak RM200 akan dikenakan secara serta-merta.

“Di sebalik kempen-kempen yang kita jalankan, masih ada yang degil, buat cara sendiri dan tidak meletakkan tanda harga dan tiada lesen berniaga. Kita tidak mahu rakyat diper*****kan oleh peniaga seperti ini.

“Di sini peranan pengguna untuk membuat aduan. Tak guna bercakap di luar, barang itu naik, kedai itu menaikkan harga barang yang tidak munasabah. Kita minta mereka ini mengadu kepada kita supaya memudahkan penguat kuasa mengambil tindakan,” tegasnya.
 
Ko dah buat gat gst kelam kabut smpai jdi sst+gst lepas tu ttbe ckp nak kaji lain pula, igt peniaga akan turun kan harga brg smula ke nnti.. ke minyak turun pun sama je harga brg.. ~X(
 
cheh...nk ubahsuai. ingatkan nk mansuhkan
 
kompoun rm200???? baru celah gigi jer tu nak bayar
 
baru nak ikut kehendak rakyat ke...hahaha lawak pagi2..
 
buddduss la,buat cmne pun kalau penguatkuasaan xde x guna jgk.baik ubah mansuh aje terus
 
silap ni..bukan ikot kehendak rakyat...ikot kehendak bigmama
 
Back
Top
Log in Register