BTC USD 83,340.4 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Krakatau 'membesar' semula

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
14,001
Joined
Jun 13, 2023
Messages
14,001
Reaction score
290
Points
146

Anak Krakatau 'membesar' semula​

3660457.webp

Siri letusan pada awal September menyebabkan keluasan Anak Krakatau bertambah semula.

JAKARTA - Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) merekodkan keluasan daratan Gunung Anak Krakatau kini mencecah 345.1 hektar.

Ketua PVMBG, Agensi Geologi di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Rita Susilawati memaklumkan data itu berdasarkan pemantauan imej satelit Sentinel pada 15 September lalu.

Sebelum ini, keluasan Anak Krakatau direkodkan kira-kira 300 hektar dan runtuhan bahagian barat daya menyebabkan keluasan daratan gunung itu berkurangan secara mendadak kepada 246.18 hektar pada 26 Disember 2018.

"Kira-kira 0.116 kilometer padu bahan gunung berapi tercampak ke laut, sekali gus mengurangkan ketinggian puncak daripada 330 meter (m) kepada 120m dan mencetuskan tsunami di Selat Sunda," jelasnya.

Bagaimanapun, pengumpulan bahan vulkanik secara berterusan menyebabkan daratan gunung berapi itu kembali berkembang.

Data PVMBG menunjukkan imej Sentinel pada 8 Ogos lalu merekodkan keluasan daratan sebanyak 312.3 hektar.

"Keluasannya bertambah 32.8 hektar susulan pemendapan bahan letusan sepanjang fasa letusan pada 4 hingga 6 September lalu," ujarnya.

Pertambahan ketara saiz fizikal gunung berapi itu selari dengan hasil penyelidikan bersama Agensi Riset dan Inovasi Nasional (BRIN), Universiti Birmingham, Institut Teknologi Bandung (ITB), Penn State University, British Geological Survey, Universiti Oxford dan PVMBG yang mengesahkan Anak Krakatau kini berada dalam fasa pembentukan semula. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register