BTC USD 84,458.3 Gold USD 4,275.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google.com.my kena Hack

mcm mana nk flush tu tuan?.. tekejut jgk ingatkan computer ak dh kena virus tadi..

Kalau TM/MYNIC dah betulkan masalah, PC client yang masih guna maklumat DNS lama.

1. Tekan butang windows + R
2. Taip cmd
3. Taip ipconfig/ flushdns
4. Taip exit
5. Clear browser cache

Kalau masih lagi masalah boleh guna Google DNS untuk elakkan masalah ini dan sekatan DNS SKMM.

8.8.8.8
8.8.4.4

Google-DNS_How_to_XP_2.png


Boleh rujuk sini:

http://torguard.net/knowledgebase.php?action=displayarticle&id=86

Nak tukar pakai Google DNS di router lagi bagus.
 
Last edited:
+tambah

Google Malaysia digodam?

81428986582_freesize.png


KUALA LUMPUR: Laman sesawang Google Malaysia hari ini dipercayai telah digodam oleh pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai TiGER-M@TE.


Insiden itu turut dikesan oleh Astro AWANI sekitar jam 9.55 pagi tadi dan sehingga laporan ini ditulis, masalah yang sama masih berlaku.

Akses terhadap laman utama enjin pencarian popular itu tidak dapat dicapai malah satu paparan berwarna hitam yang tertera perkataan Hacked dipaparkan.

Pihak yang dipercayai di sebalik penggodaman tersebut turut meletakkan satu hashtag #Bangladeshi HackeR.

Ketika dihubungi Astro AWANI, jurucakap Google Malaysia, Zeffri Yusof menafikan dakwaan godaman tersebut tetapi berhadapan masalah dengan pihak DNS dan pihaknya sedang menyiasat mengenai kejadian terbabit.

Susulan itu juga, Google Malaysia mengeluarkan satu kenyataan rasmi – “Kami sedar bahawa beberapa pengguna menghadapi masalah melayari google.com.my, atau telah diarahkan ke laman web yang berbeza. Perkhidmatan Google untuk domain google.com.my tidak terjejas. Kami sedang berhubung dengan organisasi yang bertanggungjawab untuk menguruskan nama domain dan berharap untuk menyelesaikan isu ini. "

Ini bukanlah kali pertama kejadian yang sama berlaku. Pada tahun 2013, percubaan godaman yang seakan sama turut berlaku kepada laman Google Malaysia.

Sementara itu laman Twitter dipenuhi reaksi dari para pengamal media sosial yang berdepan masalah tersebut.


Read more at: http://www.astroawani.com/kini-trending/google-malaysia-digodam-57820?cp
 
Kalau TM/MYNIC dah betulkan masalah, PC client yang masih guna maklumat DNS lama.

1. Tekan butang windows + R
2. Taip cmd
3. Taip ipconfig/ flushdns
3. Taip exit

Kalau masih lagi masalah boleh guna Google DNS untuk elakkan masalah ini dan sekatan DNS SKMM.

8.8.8.8
8.8.4.4

alright.. balik ak try flush tgk bro.. ak mmg dh pakai dns google..

senangnya nk redirect dns dekat mynic.. poor security ke ke mynic ni?
 
alright.. balik ak try flush tgk bro.. ak mmg dh pakai dns google..

senangnya nk redirect dns dekat mynic.. poor security ke ke mynic ni?

Bab sekuriti ni susah nak cakap tuan. Tiada software atau manusia yang boleh atasi semua jenis hack.

Setiap hari pasti ada hacker yang akan jumpa 0 day exploit untuk mana2 software. Mungkin ni ada exploit terbaru. Kena tunggu komen Cybersecurity Malaysia.

582.jpg


https://www.mycert.org.my/en/services/statistic/mycert/2013/main/detail/914/index.html

Selain exploit, banyak kelemahan adalah atas kesilapan manusia sendiri. Kaedah social engineering. Sekarang dengan penggunaan meluas social network, mana2 staf TM atau MYNIC mungkin kena hack lepas tu membuka jalan kepada sistem dalam network.

Wallahualam.
 
apsal aku bole main game kuda amek surat plak?

Tuan dapat Pony Express ke? Mungkin kerana tuan buka PC setelah isu DNS poison ni sudah diperbetulkan. Jadi DNS cache tuan masih ok, tidak sempat kena spoof.
 
Dah ok dah, segala mak nenek flush x jalan gak masa aku highlight pagi tadi...tp lawak la hacker ni guna variable bahasa Indon pastu claim hacker Bangla...jemmmm
 
Back
Top
Log in Register