BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Getah paip dari ekzos

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg





Anggota polis mengangkat mayat mangsa dari dalam kereta.
MELAKA TENGAH - Seorang duda ditemui mati dalam kereta di hadapan rumah sewanya di Kampung Banda Hilir, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi itu, Wong Kuei Liong, 51, ditemui terbaring di bahagian kerusi pemandu oleh penduduk kampung.

Mangsa dipercayai mati akibat terhidu asap kereta apabila penduduk menemui getah paip dan hos mesin basuh disambungkan dari ekzos ke dalam kereta.

Seorang penduduk kampung, Lau Hock Heng, 60, berkata, sebaik dimaklumkan jiran mengenai keadaan mangsa, dia terus ke lokasi yang terletak kurang 100 meter dari rumahnya.

“Masa saya sampai, saya tengok mangsa sudah terbaring tapi dalam keadaan kaku. Tak lama lepas tu ada jiran beritahu ada saluran getah paip dan hos mesin basuh dekat dengan ekzos.

“Mula-mula memang tak perasan paip getah tu tapi bila dah nampak kami terus hubungi polis,” katanya.

Menurutnya, paip getah itu disambung dengan hos mesin basuh dan diletakkan di celah tingkap penumpang belakang sebelah kiri.

“Saya tidak mengenali sangat mangsa tapi pernah la terserempak kerana dia baru menyewa di sebuah bilik di salah satu rumah di sini sejak empat, lima bulan lalu,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis berkata, beliau sudah menerima laporan kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.



sumber;http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/getah-paip-dari-ekzos-1.584849
 
Terseksa ke kalau mati cara macam ni..
 
Ada baca karbon monoksida ni mati dengan perlahan. Biasa org bunuh diri mcm ni mkn pil tidur pastu jalannn
 
makin banyak kes bunuh diri..terima kasih macai
 
Dia ada tulis surat salahkan kerajaan tak..?
 
Camner org bunuh ni cara ni.. Tak menggelupur ke ketika nafas tgh huru hara.. Atau pengsan dulu..
 
Back
Top
Log in Register