BTC USD 83,543.3 Gold USD 4,255.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Gengster Long Tiger Rohingya direman semula

Ada gak la tgk vid dia..tapi xla sampai abis,apa yg aku bole ckp dia ni syok sendiri jer acah2 kuat tapi xkuat manapun.
 
Taman maju Jaya kat Puchong Tu bersarang org2 rohingnya. Lg gangster Dari dia ni pun ada kot
 
2long_1588410356.jpg

Long Tiger dibebaskan


MUAR: Lelaki Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger' yang mencetuskan kontroversi kerana membuat siaran langsung di laman Facebook memfitnah pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak dibebaskan daripada tahanan reman hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Zuraidah Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar selepas mendapati tiada justifikasi kukuh yang dikemukakan bagi menyambung tempoh tahanan reman terhadap lelaki berusia 34 tahun yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu.

Terdahulu, Long Tiger direman lima hari sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan dan pihak polis hari ini memohon supaya reman terhadap Long Tiger disambung lagi sehingga 5 Mei namun tidak dibenarkan majistret.

Long Tiger direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah.

Suspek juga bukan warganegara Malaysia walaupun mendakwa dilahirkan di Mentakab Pahang diwakili oleh peguamn Datuk Shaharudin Ali.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan pembebasan berkenaan.

Rabu lalu, Ayob Khan mengesahkan penahanan Long Tiger selepas gambar dan video penahanan lelaki itu tular di media sosial.

Long Tiger sebelum itu menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook.


 
ini menunjukkan berapa banyak video kau dah tgk time pkp ni.
bukan pendek2 live diorang hahaha.. berjela2 merapu merapan.

haha..aku nk tgk drama diorg je ..tu pun jarang habis vids diorg.. before pkp lg ..contoh kes jebat ngn ali tu ..dari taun lepas lg..dr jebat sokong ali, tetiba u turn..
daripada layan diorg, baik lyn chenel dd ngan karoy tu ...
 
Suspek juga bukan warganegara Malaysia walaupun mendakwa dilahirkan di Mentakab Pahang diwakili oleh peguam Datuk Shaharudin Ali.

pakai peguam datuk. hrp ni bkn ada yg payung la
 
Suspek juga bukan warganegara Malaysia walaupun mendakwa dilahirkan di Mentakab Pahang diwakili oleh peguam Datuk Shaharudin Ali.

pakai peguam datuk. hrp ni bkn ada yg payung la

xde maknanye org nk payung dia lg... kes dia dh hot... lg pun tgh trend org malaysia nk usir rohigya... sapa yg payung mmg kene kecam lah kaw kaw... lg 1 dia bkn org berkepentingan pun... takut dia yg xnk kuar dr lokap sbb takut org nk jenguk dia...
 
Samada peguam ni sendiri nak bela atau ada orang payung
Peguam cari makan saja bos.
Nak buat keje duit hulur dulu.
Kes menang dapat duit
Kes kalah pun dapat duit

Kene pulak dato2.. maintenance tinggi.
Umah beso kete beso nak bayar.

Asal Ada projek sebat.
 
Peguam cari makan saja bos.
Nak buat keje duit hulur dulu.
Kes menang dapat duit
Kes kalah pun dapat duit

Kene pulak dato2.. maintenance tinggi.
Umah beso kete beso nak bayar.

Asal Ada projek sebat.

Jadi mungkin la tu ada yang payung
Tak tahu la kalau dia sdiri byk duit
Long Tiger katakan
 
Back
Top
Log in Register