BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Gengster Long Tiger Rohingya direman semula

2ba363006566fa4143828b4b934c1ff25eb523d503e7b



08/05/2020 05:18 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mei -- Seorang lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah wang RM3,500 milik pesara yang sepatutnya digunakan untuk membeli barang keperluan memasak dan ubah suai kedai.
Abdul Hamim Abdul Hamid, 31, dari Tangkak, Johor mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, Abdul Hamim, yang merupakan pengurus kedai makan, yang diamanahkan dengan harta iaitu wang masing-masing berjumlah RM2,000 dan RM1,500 milik Yazid Maarof, 69, didakwa telah melakukan pecah amanah terhadap wang berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, wang itu sepatutnya digunakan untuk membeli barang-barang keperluan memasak, modal pusingan untuk berniaga dan mengubah suai serta baik pulih kedai makan di Desa Jaya, Kepong.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Keramat Permai, di sini, pada pukul 4 petang, antara 2 dan 5 Jan 2017.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan dilakukan tertuduh tidak boleh dijamin.
“Kewarganegaraan tertuduh masih belum disahkan. Dia tidak mempunyai kad pengenalan asal cuma kad pengenalan sementara dan ada risiko untuk tertuduh melarikan diri,” katanya.
Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff, yang mewakili Abdul Hamim memohon jaminan diberikan terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh mempunyai keluarga dan restoran di Bukit Gambir, Johor serta tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri.

Beliau memohon jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan turut memberitahu anak guamnya telah dituduh di Mahkamah Majistret Tangkak bagi kesalahan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan dan diberi jaminan RM8,000 dengan dua orang penjamin.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
 


dgr cite ramai yg nk interested dgn burma ni
kalau tuduhan polis dia bebas pun ramai minat nak kutip
 
Yg den tak faham...
Time tgh top, rmai je abam2 kawasan.. Ayah2 kawasan himpit dia...
Bukan main rapat lagi...

Bila mamat ni kantoi bukan melayu, abis smua hilang... Siap tk ngaku geng lagi...
Padahal makan siap berbuah buah lagi...
Lpas tu buat alasan, tak tau mamat tu bukan melayu...
Hahhaha... Alasan paling b1ngai yg den pernah dgr... Cari la alasan yg best skit...

Nasib ekau la mat... Sedap org atas guna kan ekau, lopeh tu buat2 innocent...

Apo2 pun, ksian kek anak bini dio...
Atas nama agama, jgn la hukum die org atas sobab mamat ni... Kesian org melayu kito... Islam plak tu..
 
Last edited:
Di Malaysia ni kalau rajin dan pandai cakap, semua benda boleh jadi

ini salah satu contohnya
 
aritu masih ada suara2 abg kawasan yg bekap lg. kata apa salah die rohingya. agama xpandang bangsa la.. xingat je page mana. tu pun klo ada lg post tu haha

kena game gitu je dak2 3line
 
Back
Top
Log in Register